Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

2 dari 4 pekerja kontraktor Netlink dijangkiti COVID-19 kunjungi 34 rumah

Empat pekerja kontraktor yang dilantik oleh NetLink Trust diuji positif COVID-19, kata pengendali rangkaian gentian itu pada Jumaat (17 April).

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 17 Apr 2020 02:32PM Dikemas Kini : 17 Apr 2020 08:52PM

SINGAPURA: Empat pekerja kontraktor yang dilantik oleh NetLink Trust diuji positif COVID-19, kata pengendali rangkaian gentian itu pada Jumaat (17 April).

Dua daripada pekerja tersebut mengunjungi 34 rumah untuk kerja-kerja pemasangan gentian antara 1 April dengan 14 April, menurut syarikat itu dalam satu kenyataan.

Dua pekerja lain tidak terlibat dalam pekerjaan yang memerlukan lawatan ke rumah atau datang ke pejabat.

"Tiada dalam kalangan pekerja-pekerja ini yang berhubungan rapat dengan kakitangan NetLink lain dalam tempoh 14 hari lalu," tambah pengendali itu.

Keempat-empatnya diuji positif virus korona antara 4 April dengan 16 April.

NetLink menambah bahawa pihaknya sedang bekerjasama dengan kontraktor itu untuk membantu Kementerian Kesihatan (MOH) dalam pengesanan kontak "untuk menghubungi semua pihak yang mungkin telah berhubungan rapat dengan pekerja yang terjejas itu".

"Sejak hujung Januari 2020, NetLink dan kontraktornya telah menerapkan langkah berjaga-jaga selaras dengan garis panduan MOH dan MOM," tambah syarikat itu.

NetLink menyatakan pihaknya mengadakan rundingan dengan Penguasa Pembangunan Infokom dan Media (IMDA) menyusuli kes-kes ini dan menggantung buat sementara semua kerja yang memerlukan kunjungan ke rumah atau pejabat selaras dengan arahan IMDA.

"Kami juga menghubungi pihak-pihak terjejas yang mempunyai tempahan khidmat untuk memberitahu mereka mengenai penggantungan tersebut.

"Penggantungan sementara ini akan ditarik balik setelah langkah-langkah pencegahan sedia ada dikaji semula dan peningkatan yang sesuai dilaksanakan," tambahnya.

"Kesejahteraan orang awam, pekerja dan rakan niaga tetap menjadi keutamaan kami dan NetLink akan terus memantau keadaan dan melaksanakan langkah berjaga-jaga tambahan jika perlu untuk memastikan keselamatan semua orang semasa situasi COVID-19 ini.

"Kami memohon maaf atas sebarang kesulitan yang ditimbulkan. Kami memohon kefahaman anda dalam masa yang sukar ini."

Dalam satu kenyataan pada Jumaat, IMDA mengumumkan pihaknya sedang bekerjasama dengan NetLink untuk "mengkaji semula langkah pencegahan mereka".

"Sementara itu, sebagai langkah pencegahan lebih lanjut, NetLink diarahkan untuk menangguhkan semua pesanan perkhidmatan untuk kediaman dan pejabat hingga hari Ahad ini."

Pihak berkuasa itu menambah bahawa NetLink akan menjadualkan semula janji temu minggu ini ke tarikh yang terdekat, mulai minggu depan.


Muat turun aplikasi BERITAmediacorp bagi iOS atau Android dan langgani saluran Telegram kami bagi perkembangan terkini virus korona COVID-19: https://t.me/BERITAmediacorp

Sumber : Today/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan