Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

2 cedera, 'power bank' terbakar dalam penerbangan Scoot Taiwan-SG

Dua penumpang cedera apabila sebuah alat pengecas kuasa atau 'power bank' terbakar dalam satu penerbangan Scoot ke Singapura tidak lama selepas ia berlepas pada Selasa (10 Jan).

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Dua penumpang cedera apabila sebuah alat pengecas kuasa atau 'power bank' terbakar dalam satu penerbangan Scoot ke Singapura tidak lama selepas ia berlepas pada Selasa (10 Jan).

"Penerbangan Scoot TR993 yang beroperasi dari Taipei ke Singapura pada 10 Januari, kembali ke pintu gerbang selepas sebuah alat pengecas kuasa milik seorang penumpang menjadi terlampau panas ketika pesawat berada di  landasan," menurut Scoot, menjawab  pertanyaan Mediacorp.

Pesawat itu kembali dengan selamat ke pintu gerbang, tambahnya.

Menurut Scoot, pemilik alat pengecas kuasa itu dan temannya mengalami "kesan lecur kecil pada jari mereka" dan bantuan perubatan diberikan kepada mereka.

"Kami akan menjadualkan semula penerbangan itu dan menyediakan penginapan dan makan minum kepada penumpang yang terjejas."

Berdasarkan laporan media tempatan, pesawat Scoot itu sedang bersiap sedia untuk berlepas dari lapangan terbang Taoyuan di Taipei apabila pihak berkuasa lapangan terbang dimaklumkan tentang kebakaran di kabin pesawat pada sekitar pukul 7.40 malam.

Anggota bomba dikerahkan oleh pihak berkuasa lapangan terbang dan pesawat itu dibenarkan kembali ke pintu gerbang setelah api dipadamkan.

Kejadian itu tidak menjejas operasi pelepasan dan pendaratan pesawat-pesawat lain di lapangan terbang Taoyuan, menurut laporan media.

"Scoot mohon maaf atas kejadian itu. Keselamatan  penumpang dan anak kapal kami menjadi keutamaan kami," menurut syarikat penerbangan itu sambil menyatakan siasatan masih dijalankan.

Sumber : CNA/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan