2 cedera akibat nahas 7 kereta di TPE semasa waktu sibuk sebelah pagi
Dua orang cedera dalam kemalangan yang melibatkan tujuh kereta di Ekspreswe Tampines (TPE) pada pagi Selasa (23 Okt).
SINGAPURA: Dua orang cedera dalam kemalangan yang melibatkan tujuh kereta di Ekspreswe Tampines (TPE) pada pagi Selasa (23 Okt).
Nahas itu berlaku pada sekitar 8.30 pagi dekat jalan susur keluar Sengkang yang menuju ke arah Eksprewe Seletar (SLE) dan Ekspreswe Tengah (CTE), menurut Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF).
Kedua-dua individu yang cedera akibat kemalangan itu sudah dihantar ke Hospital Besar Sengkang.
Gambar-gambar kemalangan yang dimuatnaikkan ke media sosial menunjukkan tujuh buah kereta terlibat dalam kemalangan berantai itu.
Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) memaklumkan mengenai kemalangan itu pada pukul 8.32 pagi menerusi catatan di laman Twitternya.
Nahas itu menyebabkan kesesakan jalan raya yang memanjang di TPE semasa waktu sibuk sebelah pagi sehingga ke jalan susur keluar Tampines Road, menurut LTA dalam catatan Twitter yang seterusnya.
Para pengguna Twitter yang lain turut memuatnaikkan catatan mengenai kemalangan dan kesesakan jalan raya tersebut.
SBS Transit turut menyatakan menerusi catatan Twitter bahawa tujuh khidmat basnya mengalami kelengahan akibat kemalangan itu.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.