2 cawangan Spize di Bedok didenda lebih S$7,000 atas sebab kelemahan pada keselamatan makanan
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar: CNA)
SINGAPURA: Spize Bedok Pte Ltd dan Spize Concepts Pte Ltd, masing-masing didenda $3,600 oleh mahkamah pada Rabu (15 Nov), kerana kelemahan pada keselamatan makanan di bawah Peraturan Kesihatan Awam Persekitaran (Kebersihan Makanan).
Menurut Agensi Makanan Singapura (SFA), pihaknya menerima laporan mengenai gastroenteritis atau keracunan makanan pada Julai tahun lalu, melibatkan 15 orang selepas makan sajian yang disediakan kedai makan Spize di Bedok Road.
Tiada seorang pun daripada mereka dimasukkan ke hospital.
Satu siasatan bersama yang dijalankan oleh Kementerian Kesihatan (MOH) dan SFA mendapati beberapa kelemahan pada keselamatan makanan di kedai makanan barat di cawangan Spize di Bedok Road itu.
Antaranya bahan mentah dan makanan yang dimasak tidak diasingkan dengan betul.
Selain itu, papan memotong kotor digunakan untuk menyediakan makanan yang sudah siap dimasak, kata SFA.
Beberapa kelemahan pada keselamatan makanan juga ditemui di kedai makanan di 284 Bedok Road. Ia termasuk gagal menyediakan sabun tangan di tandas dapur dan penggunaan tanpa izin, premis itu bagi memproses makanan.
Demi kepentingan kesihatan awam, SFA mengarahkan kedua-dua Spize Bedok Pte Ltd dan Spize Concepts Pte Ltd supaya memperbaiki kelemahan tersebut, dan mengambil langkah sewajarnya bagi mempertingkatkan amalan keselamatan makanan serta kebersihan di premisnya.
SFA juga telah mengubah gred kebersihan makanan di kedua-dua kedai makanan tersebut daripada A kepada C.
SFA tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas terhadap sesiapa yang didapati melanggar Akta Kesihatan Awam Persekitaran.
Pesalah boleh didenda tidak melebihi S$2,000 dan jika kesalahan berulang denda tambahan tidak melebihi S$100 bagi setiap hari atau sebahagian daripadanya semasa kesalahan berterusan selepas disabit kesalahan.

Sumber : CNA/HA/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.