2 cawangan FairPrice di Bedok North & Hougang tawar durian pada harga semurah S$1.95
Anggaran Waktu Membaca:
Gambar: FairPrice
SINGAPURA: Pantang bagi pencinta durian untuk nampak buah tersebut dijual, apatah lagi pada harga yang murah.
Maka, tidak hairan jika ramai bertali arus beratur di cawangan FairPrice di Bedok North dan Kangkar Mall semata-mata untuk membeli durian pada harga serendah S$1.95.
Pesta Durian Tahunan FairPrice kembali dianjurkan mulai Jumaat (14 Jun) menjelangnya musim durian, dengan tawaran menarik yang pastinya sukar untuk dilepaskan.
Pelanggan boleh membeli durian dari Malaysia yang beratnya 600 hingga 800 gram setiap satu, seawal 9.00 pagi setiap hari.
Promosi tersebut bagaimanapun hanya ditawarkan di dua cawangan FairPrice berikut:
- FairPrice Blok 212 Bedok North Street 1, di mana tawaran diadakan dari 14 hingga 16 Jun
- FairPrice Kangkar Mall, di mana promosi itu berlangsung dari 21 hingga 23 Jun
Hanya 300 pelanggan pertama berpeluang untuk menikmati tawaran tersebut setiap hari.
Setiap pelanggan juga hanya dibenarkan membeli sehingga dua biji durian sahaja.

Sumber : Sumber Web/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.