Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

2 buku panduan dilancar dalam usaha kesan kes penderaan dengan lebih baik

Melindungi seorang kanak-kanak yang didera tidak semudah yang disangkakan. Para karyawan dari pelbagai agensi mungkin mempunyai pandangan yang berbeza tentang bagaimana sesuatu kes itu perlu ditangani.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 27 Nov 2018 09:10PM Dikemas Kini : 28 Nov 2018 01:06AM

SINGAPURA: Melindungi seorang kanak-kanak yang didera tidak semudah yang disangkakan. Para karyawan dari pelbagai agensi mungkin mempunyai pandangan yang berbeza tentang bagaimana sesuatu kes itu perlu ditangani.

Oleh itu, Panduan Pemeriksaan Khusus bagi Setiap Sektor serta Panduan Melaporkan Penderaan Kanak-Kanak dilancarkan hari ini (27 Nov).

Ia menyediakan rangka kerja yang sama bagi para karyawan untuk menangani kes-kes secara konsisten. Panduan itu sudah digunakan sebagai percubaan sejak tiga tahun lalu dan kini akan disediakan di semua agensi yang banyak terlibat dengan kanak-kanak di negara ini.

Hampir 900 kes penderaan kanak-kanak disiasat pada 2017 berbanding hanya sekitar 550 pada 2015.

Pihak berkuasa menyatakan buku panduan itu dilancarkan berikutan hasil usaha lebih giat untuk mengesan kes-kes penderaan. Usaha juga sedang dijalankan untuk menguatkuasakan undang-undang menjelang hujung tahun ini bagi melindungi golongan dewasa yang terdedah kepada penganiayaan.

Di acara pelancaran tersebut, Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga Desmond Lee menggesa semua pihak supaya memainkan peranan dalam membantu para mangsa keganasan keluarga.

"Untuk menangani masalah-masalah ini secara berkesan, usaha mencegah keganasan keluarga perlu dilakukan dari peringkat bawah. Rakan-rakan saya sudah mula mendekati rakan-rakan kerja masyarakat seperti pertubuhan akar umbi, badan bantu diri, pertubuhan keagamaan dan pertubuhan kebajikan sukarela untuk menganjurkan bersama sesi latihan kesedaran mengenai keganasan keluarga," kata Encik Lee.

"Jadi lebih ramai orang boleh menjadi 'mata dan telinga' kami bagi membantu mengesan sebarang kemungkinan penderaan."

Encik Lee menambah, keganasan keluarga bukanlah satu perkara peribadi dan menjadi satu tanggungjawab setiap orang untuk melaporkan sebarang kes penderaan.  

Sumber : CNA/NT/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan