Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

2 bidang tanah kediaman dijual di bawah GLS

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 14 Mar 2023 10:45PM Dikemas Kini : 14 Mar 2023 11:30PM
SINGAPURA: Dua bidang tanah kediaman akan dijual di bawah program Penjualan Tanah Pemerintah (GLS) pada separuh pertama tahun 2023.

Kedua-dua tapak tersebut boleh menghasilkan sekitar 1,540 unit rumah privet baru dan ia adalah sebahagian daripada kira-kira 4,000 rumah yang akan disediakan di lima tapak lain dalam beberapa bulan akan datang.

Bidang tanah di Jalan Tembusu yang terletak berhampiran stesen MRT Tanjong Katong yang bakal dibuka dijangka menghasilkan kira-kira 840 unit rumah privet.

Para penganalisis menjangkakan bilangan pesaing yang rendah bagi plot tanah itu.

Satu lagi plot tanah yang akan dilancarkan Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) terletak di Tampines Street 62. Sekitar 700 unit kondominium eksekutif boleh dibina di tapak itu.

Walaupun pemerhati pasaran menjangkakan permintaan yang tinggi, mereka juga sedar bahawa para pemaju akan berhati-hati dalam bidaan mereka disebabkan kadar faedah dan kos binaan yang lebih tinggi.
Sumber : CNA/IA/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan