Skip to main content

Singapura

2 belia S'pura terima Anugerah Pemimpin Muda dari Ratu Elizabeth

Dua warga Singapura bertemu Ratu Elizabeth II untuk menerima anugerah sebagai pengiktirafan terhadap usaha mereka dalam membantu masyarakat.

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 27 Jun 2018 09:12PM Dikemas Kini : 27 Jun 2018 10:11PM

LONDON: Dua warga Singapura bertemu Ratu Elizabeth II untuk menerima anugerah sebagai pengiktirafan terhadap usaha mereka dalam membantu masyarakat.

Oon Tian Sern, 25 tahun dan Mock Yi Jun, 20 tahun menerima Anugerah Pemimpin Muda yang mengiktiraf pemimpin muda serata Komanwel.

Kedua-duanya adalah sebahagian daripada sekumpulan 61 orang yang menamatkan dua minggu menetap di Britain dengan lawatan ke Istana Buckingham. Mereka juga berkunjung ke Universiti Cambridge, Downing Street di samping mempelajari penggunaan media sosial di ibu pejabat Facebook.

Oon Tian Sern diiktiraf kerana mencipta Acceset, sebuah wadah online untuk menghubungkan warga Singapura dengan kakitangan kesihatan mental, satu proses yang menurutnya bukanlah selalu mudah.

BERBAKTI DENGAN BANTU GENERASI MUDA SEPERTINYA

Mock Yi Jun, 20 tahun, pula diiktiraf atas usahanya membantu warga muda Singapura mengejar kerjaya pilihan mereka.

Beliau merupakan pengasas Advisory yang menyediakan wadah online bagi generasi muda untuk belajar tentang pilihan kerjaya mereka. Platform itu menghubungkan mereka dengan syarikat-syarikat untuk membantu membuat perancangan dalam kerjaya mereka.

Mock Yi Jun juga membantu warga muda untuk memohon dana bagi projek masyarakat dan meningkatkan kesedaran tentang kemiskinan bandar di Singapura.

Skim Pemimpin muda Komanwel dianjurkan sebagai sebahagian daripada perayaan Jubli Berlian Ratu Elizabeth dan berakhir setelah empat tahun. 

Sumber : CNA/NU/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita