Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

2 bekas pekerja FairPrice didakwa terima wang sogokan lebih $500,000 daripada pembekal ikan

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Dua bekas pekerja rantaian barang runcit NTUC FairPrice didakwa hari ini (6 Mei) kerana dipercayai menerima wang rasuah lebih S$500,000 daripada pembekal-pembekal ikan selama tujuh tahun. 

Tiga lagi individu yang berhubung kait dengan perniagaan bekalan ikan itu juga akan didakwa berhubung kesalahan-kesalahan tersebut. 

Lim Kian Kok, 47 tahun, dan See Hock Lam, 69 tahun, masing-masing bekerja sebagai ketua kanan kumpulan dan ketua kumpulan di syarikat tersebut pada waktu kejadian. 

Demikian menurut Biro Siasatan Amalan Rasuah (CPIB) dalam satu kenyataan media. 

Mereka dipercayai berpakat untuk mendapatkan rasuah sekitar S$532,000 daripada beberapa individu yang terlibat dalam industri bekalan ikan darip 2013 hingga 2020. 

"Wang itu dipercayai diterima untuk mendorong Lim memajukan kepentingan perniagaan pelbagai pembekal ikan dengan NTUC FairPrice," menurut CPIB. 

Lim menerima 34 tuduhan dibawah Akta Pencegahan Rasuah. Daripadanya, 31 berhubung kait kegiatan berpakat dengan See.

Tuduhan-tuduhan lain adalah kerana dipercayai menerima rasuah sekitar S$28,300 daripada individu lain dalam perniagaan bekalan ikan pada 2020 dan juga untuk membantu memajukan kepentingan perniagaan mereka dengan FairPrice.

See berdepan dengan 31 tuduhan.

Lagi tiga orang yang didakwa berhubung kait dengan kesalahan-kesalahan Lim dan See adalah Chew Kim Hwee, 47 tahun, Heah Han Huat, 65 tahun, dan Ng Keng Meng, 57 tahun. 

Chew yang merupakan pengarah Fish Vision Agrotech berdepan dengan dua tuduhan bersubahat untuk memberi Lim sogokan sekitar S$26,900 pada 2020.

Heah, pemilik tunggal Ocean Trust dan Ng, pekerja di Nam Soon Sin Kee & Co akan berdepan lapan tuduhan masing-masing atas kesalahan menyogok Lim dengan S$43,500 dan S$217,500 dari 2013 hingga 2020. 

Sumber : CNA/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan