Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

2 'bayi Krismas' pertama muncul dari Mount Alvernia

Dua orang bayi menjadi yang pertama dilahirkan pada hari Krismas hari ini (25 Dis). Mereka dilahirkan tepat pada tengah malam tadi di Hospital Mount Alvernia.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 25 Dec 2018 08:52PM Dikemas Kini : 25 Dec 2018 09:20PM

SINGAPURA: Dua orang bayi menjadi yang pertama dilahirkan pada hari Krismas hari ini (25 Dis).

Mereka dilahirkan tepat pada tengah malam tadi di Hospital Mount Alvernia.

Bayi perempuan, Charlie Choong adalah yang pertama dilahirkan.

Kelahirannya tengah malam tadi agak mengejutkan ibu bapanya kerana anak sulung mereka itu dijadualkan lahir pada Ahad ini (30 Dis).

Mohamed Hanif pula dilahirkan 4 saat selepas Choong.

Ibu bapanya juga tidak menyangka Hanif akan lahir hari ini kerana dia dijangka dilahirkan esok (26 Dis). Hanif merupakan anak kedua pasangan itu.

Sumber : CNA/HA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan