Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

2 badan amal bekalkan hasil tanaman kepada kawasan kejiranan

Badan-badan amal di Singapura sedang mencari cara untuk membawa hasil tanaman ke kawasan-kawasan kejiranan termasuk menghantar produk makanan segar hingga menyediakan ladang kontena.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 18 Dec 2021 05:42PM Dikemas Kini : 18 Dec 2021 09:35PM

SINGAPURA: Badan-badan amal di Singapura sedang mencari cara untuk membawa hasil tanaman ke kawasan-kawasan kejiranan termasuk menghantar produk makanan segar hingga menyediakan ladang kontena.

Mereka juga bekerjasama dengan petani tempatan bagi memastikan penerima bantuan dapat menikmati pelbagai pilihan makanan.

Badan amal Food from the Heart menjalin kerjasama dengan pekedai runcit, The Local Farm, untuk menyediakan sayuran dan buah-buahan segar untuk sehingga 2,000 keluarga memerlukan.

Projek perintis selama setahun itu akan dilancarkan secara rasmi pada Januari depan.

Para penerima bantuan boleh memilih tujuh barangan seperti sayuran daun, cendawan dan telur yang akan dihantar kepada rakan-rakan masyarakat di Kebun Bahru dan Chong Pang.

Sejauh ini, empat ladang menyertai skim tersebut.

"Kami bercakap tentang memberikan makanan tetapi di masyarakat mewah di Singapura, kami perlu menilai cara bagaimana kita menderma, bagaimana kita memberi supaya kita boleh meningkatkan lagi kehidupan golongan memerlukan.

"Dengan memberikan sayur-sayuran dan buah-buahan segar, ia akan membantu memastikan pemakanan yang lebih seimbang," kata Ketua Pegawai Eksekutif Food From The Heart, Sim Bee Hia.

"Menyokong produk tempatan adalah penting, khususnya dalam konteks '30 menjelang 30'.

"Menyokong hasil tanaman tempatan juga mempunyai kelebihan iaitu pengeluaran gas karbon yang lebih rendah dan memastikan makanan lebih segar boleh dihantar kepada para penerima bantuan," kata Menteri Negara bagi Kementerian Kemampanan dan Sekitaran, Desmond Tan.

Sebuah lagi badan amal, Free Food For All juga menyokong petani tempatan dengan membawa hasil tanaman tempatan ke kawasan-kawasan kejiranan.

Misalnya dua ladang kontena akan menyediakan sayuran, cendawan dan buah-buahan kepada keluarga-keluarga kurang berkemampuan menerusi agihan mingguan.

Ia menyasar untuk memastikan usaha itu berjalan lancar menjelang Mac tahun depan.

Sumber : CNA/AI/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan