2 anjing liar serang kucing, bertindak ganas terhadap penduduk sudah ditangkap AVS
Anggaran Waktu Membaca:
AVS sudah menangkap dua anjing yang menyerang kucing-kucing di sebilangan kawasan. (Gambar: Crystal Tan)
SINGAPURA: Dua anjing liar yang menyebabkan puluhan kucing maut dan bertindak ganas terhadap para penduduk sudahpun ditangkap oleh Perkhidmatan Haiwan & Veterinar (AVS).
Anjing-anjing itu ditangkap di Fernvale Lane di Sengkang pada Jumaat lalu (8 Sep) dan adalah sebahagian daripada kumpulan tiga anjing yang menyerang kucing di sebilangan kawasan, termasuk Ang Mo Kio.
Pada Februari tahun ini, para pemberi makan kucing berkata 30 kucing dibaham sehingga maut oleh kumpulan anjing itu, yang dilihat di Ang Mo Kio, Serangoon North dan Jalan Kayu.
Para pemberi makan itu berkata anjing-anjing tersebut berkeliaran dengan lebih jauh lagi selepas itu - hingga ke Paya Lebar - dan dianggarkan membunuh 50 kucing kesemuanya.
Seorang pemberi makan yang hanya mahu dikenali sebagai Cik Ma berkata tindak balas perlahan AVS menyebabkan lebih banyak kucing maut dan menimbulkan lebih banyak isu keselamatan bagi para penduduk.
"Sebilangan orang dikejar anjing-anjing itu. Mujur tiada yang cedera secara langsung oleh anjing-anjing tersebut," kongsi wanita 52 tahun itu, yang sudah memberi makan kucing selama lapan tahun.
AVS menyatakan pihaknya maklum tentang keprihatinan keselamatan dan sudah memasang perangkap, tetapi tidak mudah untuk menangkap anjing-anjing itu.
AVS juga menjelaskan pada Januari bahawa anjing-anjing itu sudah dikembiri di bawah program "Trap-Neuter-Release-Manage".

Sumber : CNA/IM/im
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.