Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

2 anggota WP saksi kes Raeesah Khan tinggalkan parti

Anggaran Waktu Membaca:
2 anggota WP saksi kes Raeesah Khan tinggalkan parti

(Gambar: Tangkapan skrin YouTube)

SINGAPURA: Dua anggota Parti Pekerja (WP) yang memberikan keterangan berkaitan siasatan Jawatankuasa Hak Istimewa Parlimen (COP) terhadap tingkah laku bekas Anggota Parlimen Raeesah Khan, telah meletak jawatan daripada parti tersebut.  

Cik Loh Peiying dan Encik Yudhishthra Nathan menyerahkan surat peletakan jawatan mereka kepada Setiausaha Agung WP Pritam Singh pada Rabu (9 Nov), menurut catatan yang dimuat naik ke akaun Facebook peribadi kedua-dua anggota itu.

Cik Loh adalah bekas penolong setiausaha kepada Cik Raeesah dan penolong setiausaha kepada Ketua WP Encik Pritam Singh dari Mac 2013 hingga Januari 2016. Encik Nathan pula adalah sukarelawan parti berkenaan. 

"Sejak Disember 2021, kami menarik diri daripada kerja-kerja sukarelawan di kawasan WP. Kami masih anggota WP dan tidak membuat sumbangan aktif," tulis Cik Loh dan Encik Nathan. 

"Atas sebab itu, kami membuat keputusan untuk meletak jawatan. Tempoh 11 bulan yang lalu tidak mudah bagi kami dan kami rasa sudah masanya untuk kami meletakkan jawatan sebagai anggota WP. 

"Kami ingin kembali menjadi rakyat biasa, bebas untuk meluahkan pandangan sebagai individu, tanpa orang lain mempersoalkan  kesetiaan dan sokongan kami." 

COP dibentuk untuk menyiasat tingkah laku Cik Raeesah kerana berbohong mengenai kes serangan seksual yang dibangkitkan di Parlimen pada Ogos 2021. 

Encik Raeesah meletak jawatan daripada WP dan sebagai AP Kawasan Undi Perwakilan Berkumpulan (GRC) Sengkang pada November 2021 selepas beliau mengaku berbohong di Parlimen awal bulan tersebut. 

Sumber : CNA/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan