2 anggota bomba SCDF alami kelecuran dalam kebakaran flat di Clementi
Anggaran Waktu Membaca:
Kebakaran berlaku di sebuah unit di Blok 309, Clementi Ave pada 31 Julai 2026. (Gambar: Facebook/SCDF)
SINGAPURA: Dua anggota bomba Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) mengalami kelecuran semasa menyelamatkan seorang mangsa yang terperangkap dalam kebakaran sebuah flat di Clementi pada Jumaat (31 Jul) malam.
SCDF menyatakan menerusi catatan di Facebook bahawa pihaknya dimaklumkan mengenai kebakaran di Blok 309, Clementi Avenue 4 sekitar 11.10 malam.
Setibanya di lokasi, anggota bomba mendapati ruang tamu sebuah unit di tingkat lapan sedang dijilat api.
Mereka terpaksa memecah masuk ke unit itu dan dua jet air digunakan untuk memadam kebakaran yang melibatkan barangan di ruang tamu.
Semasa operasi itu, pasukan bomba menemui seorang mangsa yang terperangkap di dapur.
Menurut SCDF, mangsa berjaya diselamatkan dari flat tersebut dan dibawa ke Hospital Besar Ng Teng Fong.
Dua anggota bomba mengalami kelecuran semasa operasi itu dan dibawa ke Hospital Besar Singapura (SGH).
Sebagai langkah berjaga-jaga, sekitar 40 penduduk dari blok yang terjejas dipindahkan oleh pihak polis dan SCDF.
Punca kebakaran masih disiasat.
Mediacorp sudah menghubungi SCDF untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai keadaan dua anggota bomba yang cedera.

Sumber : CNA/LL/ll
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.