Skip to main content

Singapura

2 anak kapal maut susuli kebakaran kapal pukal berdaftar SG

Dua anak kapal maut selepas kebakaran berlaku di bilik enjin sebuah kapal kargo berdaftar di Singapura di luar perairan China, menurut Penguasa Pelabuhan dan Maritim Singapura (MPA) pada Rabu (18 Feb).
Anggaran Waktu Membaca:
2 anak kapal maut susuli kebakaran kapal pukal berdaftar SG
Kapal kargo berdaftar Singapura, MANDY. (Gambar: VesselFinder)
Diterbitkan : 18 Feb 2026 01:01PM
SINGAPURA: Dua anak kapal maut selepas kebakaran berlaku di bilik enjin sebuah kapal kargo berdaftar di Singapura di luar perairan China, menurut Penguasa Pelabuhan dan Maritim Singapura (MPA) pada Rabu (18 Feb).

Kebakaran berlaku di atas kapal MANDY pada pukul 7.35 malam waktu Singapura pada Selasa. Kebakaran tersebut sudah dipadamkan oleh anak kapal berkenaan.

Terdapat seramai 25 anak kapal warga Myanmar di atas kapal tersebut sewaktu kejadian. Tiada rakyat Singapura berada di atas kapal itu.

Dua anak kapal dilaporkan maut, manakala seorang lagi dipindahkan ke sebuah kemudahan perubatan di darat untuk rawatan lanjut.

Tiada laporan pencemaran, menurut MPA sambil menambah pihaknya akan menyiasat kejadian itu. Syarikat berkenaan sedang mengatur untuk menunda kapal tersebut ke Pelabuhan Yantai di China.

MPA menyatakan ia sudah menyampaikan takziah kepada keluarga mangsa dan sedang berhubung dengan syarikat serta pihak berkuasa China berkaitan untuk memberikan bantuan.
Sumber : CNA/AZ/az
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita