Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

2 alat perintis dilancar di SGH tingkatkan kecekapan kerjanya

Dua alat perintis sudah dilancarkan di Hospital Besar Singapura (SGH) bagi meningkatkan kecekapan kerjanya.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 23 Jul 2019 09:42PM Dikemas Kini : 23 Jul 2019 10:34PM

SINGAPURA: Dua alat perintis sudah dilancarkan di Hospital Besar Singapura (SGH) bagi meningkatkan kecekapan kerjanya.

Satu daripadanya adalah aplikasi iPad yang diletakkan di tepi katil para pesakit.

Aplikasi "MyCare" membolehkan para pesakit akses kepada jadual jagaan harian dan melihat maklumat perubatan mereka.

Ia juga dilengkapi video untuk mendidik para pesakit tentang keadaan kesihatan mereka.

Aplikasi itu sedang dicuba di dua wad yang mempunyai 51 katil dan bakal digunakan di semua hospital SingHealth menjelang tahun 2021.

Satu lagi alat yang sedang dicuba adalah alat deria bio yang diletakkan pada tubuh pesakit yang memerlukan pemantauan berterusan para jururawat seperti degupan jantung.

Penggunaannya juga dapat menjimatkan masa kerana alat tersebut hanya perlu ditukar setiap tiga hari, berbanding melakukan pemeriksaan setiap dua jam.

Sumber : CNA/AA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan