2 agensi pekerjaan didakwa bawa masuk amah bawah usia
Dua agensi pekerjaan tempatan didakwa membawa masuk dua pembantu rumah bawah usia.
Gambar fail.
SINGAPURA: Dua agensi pekerjaan tempatan didakwa membawa masuk dua pembantu rumah bawah usia.
Usia minimum yang ditetapkan bagi pembantu rumah asing di sini adalah 23 tahun.
Pemilik Vista Employment Services, Khor Siew Tiang, 35 tahun dan 'Casa Employment Specialist' didakwa membawa masuk dua pembantu rumah dari Myanmar yang baru berusia 13 tahun.
Jika sabit kesalahan, mereka boleh didenda sehingga $5,000 atau dipenjara sehingga enam bulan atau kedua-duanya sekali.
Sejak lebih tiga tahun lalu, Kementerian Tenaga Manusia (MOM) sudah mengambil tindakan undang-undang terhadap 98 agensi kerana gagal memastikan para pembantu rumah asing yang diambil memenuhi kriteria usia yang ditetapkan.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.