2,700 pelajar perempuan terima suntikan vaksin HPV sejak program dilancarkan pada April
Seramai 2,700 pelajar perempuan Menengah Satu menerima suntikan vaksin Human Papilloma Virus (HPV) sejak program itu dilancarkan pada awal bulan ini.
SINGAPURA: Seramai 2,700 pelajar perempuan Menengah Satu menerima suntikan vaksin Human Papilloma Virus (HPV) sejak program itu dilancarkan pada awal bulan ini.
Menurut Lembaga Penggalakan Kesihatan (HPB), jumlah itu mencerminkan kadar penerimaan sebanyak 90 peratus dalam kalangan para pelajar.
Para pelajar perempuan tersebut merupakan antara pelajar Menengah Satu yang mendapat suntikan vaksin HPV untuk membantu mencegah barah pangkal rahim.
Program vaksin HPV itu diumumkan oleh Menteri Kesihatan semasa perbahasan Jawatankuasa Perbekalan baru-baru ini.
Menurut HPB, respons daripada para ibu bapa terhadap program tersebut juga positif sejauh ini.
Namun, selain daripada keprihatinan akan kesan-kesan sampingan, beberapa kebimbangan juga disuarakan orang ramai dalam wadah online. Ini seperti kesangsian terhadap kewajaran memberikan suntikan vaksin HPV pada usia yang muda.
Dos suntikan seterusnya dan terakhir akan diberikan tahun depan apabila mereka memasuki Menengah Dua.
Meskipun suntikan vaksin itu hanya ditawarkan kepada para pelajar perempuan, seorang pakar sakit puan yang ditemui Mediacorp mengatakan para pelajar lelaki turut dapat mendapat manfaat daripadanya.
Antaranya, ia dapat mencegah penyakit barah dubur dan testikular.
Suntikan vaksin awal dan pencegahan dapat membantu mencegah penyakit-penyakit tersebut.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.