Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

2,000 peserta ikuti perbincangan Mufti S'pura mengenai beradab dalam komunikasi online

Ada yang kurang beradab bila berkomunikasi di wadah-wadah online, dan ini kurang keislamannya. Lantaran itu, Mufti Nazirudin menekankan betapa kita "mesti mengambil serius komunikasi online - sama serius sebagaimana bercakap secara fizikal."

Anggaran Waktu Membaca:
2,000 peserta ikuti perbincangan Mufti S'pura mengenai beradab dalam komunikasi online

Acara Muhasabah bersama Mufti Singapura pada 7 Nov 2021.

SINGAPURA: Lebih 2,000 individu dari dalam dan luar negara mengikuti sesi perbincangan Muhasabah Masyarakat Bersama Mufti Singapura edisi ketiga pada Ahad (7 Nov).

Semasa sesi tersebut, yang turut disertai belia secara online seperti dari Malaysia, Indonesia dan sejauh Amiriah Arab Bersatu (UAE), Mufti Dr Nazirudin Mohd Nasir menegaskan peri pentingnya menjaga adab dalam menyuarakan pendapat, khususnya secara online.

Iaitu seseorang individu mesti menganggap komunikasi online sama serius sebagaimana bercakap secara fizikal.

Perbincangan tersebut bertujuan mengupayakan golongan belia dan meningkatkan kesedaran sivik mereka dalam topik-topik yang menjadi keprihatinan mereka.

Antara yang disentuh termasuklah isu inklusiviti kaum dan agama, kesihatan mental, sekitaran dan kemampanan serta isu-isu jantina.

Acara Muhasabah bersama Mufti Singapura pada 7 Nov 2021.

Dalam perkongsiannya yang disiarkan langsung secara online itu, Mufti Dr Nazirudin menekankan pentingnya beradab dalam memperjuangkan sesuatu ataupun memperkatakan tentang sesuatu - lebih-lebih lagi secara online.

Acara Muhasabah bersama Mufti Singapura pada 7 Nov 2021.

Lantaran itu, ini bermakna bahawa individu-individu perlu memahami bahawa apa yang dikatakan secara online perlu dianggap sama serius sebagaimana bercakap secara fizikal, kata beliau.

"Meskipun anda merasakan ia lebih selamat untuk menggunakan ruang online kerana tidak perlu memikirkan perkara-perkara lain secara fizikal, namun kata-kata anda ada kesannya.

"Ada orang yang akan membaca komen-komen, idea-idea tersebut dan mungkin akan membalasnya. Jadi individu-individu mesti mengambil serius komunikasi online sama serius sebagaimana bercakap secara fizikal," terang Mufti lagi.

Acara Muhasabah bersama Mufti Singapura pada 7 Nov 2021.

Dr Nazirudin menambah bahawa memang ada banyak kritikan dan perbincangan terhadap wadah-wadah online yang membenarkan ucapan bersifat perkauman, xenofobia dan juga misogini di media sosial.

Namun lebih penting lagi kata beliau, ialah belia Muslim harus membincangkan idea-idea tersebut dan bukan diganggu oleh perkara-perkara yang memacu emosi.

Menurut Mufti, adab juga merupakan aspek penting kerana ia mampu untuk mewujudkan ruang yang sopan untuk membincangkan isu-isu.

Acara Muhasabah bersama Mufti Singapura pada 7 Nov 2021.

"Dan kita akan melihat pula tindakan balas di mana orang akan katakan kita menggunakan kebaikan adab untuk mengetepikan pendapat. Anda tidak mendengar kepada saya, dan mengatakan pendapat itu tidak menunjuk hormat, dan ini akan mewujudkan sekitaran yang toksik," hujah Mufti. 

Sumber : BERITA Mediacorp/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan