Skip to main content

Singapura

2,000 karton rokok seludup dirampas semasa dipunggah di tempat letak kereta Choa Chu Kang

Kastam Singapura telah memberkas dua lelaki dan merampas lebih 2,000 karton rokok haram dalam satu operasi yang dilancarkan di Choa Chu Kang Avenue 5, pada Selasa (16 Mac).

Anggaran Waktu Membaca:
2,000 karton rokok seludup dirampas semasa dipunggah di tempat letak kereta Choa Chu Kang

Kastam Singapura merampas lebih 2,000 karton rokok haram dalam operasi yang dilancarkan di Choa Chu Kang Avenue 5 pada 16 Mac 2021. (Gambar-gambar: Kastam Singapura)

SINGAPURA: Kastam Singapura telah memberkas dua lelaki dan merampas lebih 2,000 karton rokok haram dalam satu operasi yang dilancarkan di Choa Chu Kang Avenue 5, pada Selasa (16 Mac).

Para pegawai kastam memerhatikan pemunggahan kotak-kotak yang dibalut dengan beg plastik hitam dari sebuah van ke sebuah kereta yang diletakkan bersebelahan dengan kenderaan tersebut, di sebuah tempat letak kereta bertingkat.

Dua lelaki rakyat Singapura berusia 33 dan 38 tahun diberkas, menurut kenyataan media Kastam Singapura hari ini (23 Mac).

Kereta dan van tersebut, serta 2,117 karton dan 126 kotak rokok tidak dibayar cukai dan wang tunai S$6,240, disita dalam operasi itu.

Cukai kastam serta Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) yang cuba dielak bernilai hampir S$270,000.

Siasatan masih dijalankan.

Kastam Singapura mengingatkan orang awam bahawa penjualan, pembelian, pengangkutan, penghantaran, penyimpanan serta pemilikan atau urus niaga barangan tidak dibayar cukai merupakan kesalahan-kesalahan serius di bawah Akta Kastam dan Akta GST.

Para pesalah boleh didenda hingga 40 kali nilai cukai dan GST yang dielak dan/atau dipenjara hingga enam bulan.

Kenderaan yang digunakan untuk melakukan kesalahan sedemikian juga boleh disita, menurut Kastam Singapura dalam kenyataannya.

Orang awam boleh memaklumkan Kastam Singapura tentang sebarang kegiatan menyeludup atau mengelak cukai menerusi talian 1800-233-0000 atau emel customs_intelligence [at] customs.gov.sg.

Sumber : BERITA Mediacorp/zm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita