197 penunggang motosikal ditahan di pusat pemeriksaan kerana asap kenderaan dan bunyi bising berlebihan
Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA) menahan 197 penunggang motosikal minggu ini yang kenderaan mereka mengeluarkan asap dan bunyi bising berlebihan.

(Gambar hiasan: NEA)
SINGAPURA: Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA) menahan 197 penunggang motosikal minggu ini yang kenderaan mereka mengeluarkan asap dan bunyi bising berlebihan.
Demikian menurut satu kenyataan medianya hari ini (27 Mac).
Operasi, yang disasarkan kepada "motosikal asing yang berasap dan bising", dijalankan pada Isnin dan Selasa di Pusat Pemeriksaan Woodlands dan Tuas.
34 motosikal yang tidak berdaftar di Singapura didapati mengeluarkan asap berlebihan, sementara 163 lagi mengeluarkan bunyi bising berlebihan.
Tahun lalu, NEA mengambil tindakan terhadap 442 motosikal yang tidak berdaftar di Singapura kerana mengeluarkan asap. Lagi 163 pula didapati mengeluarkan bunyi bising berlebihan.
Di bawah Peraturan Perlindungan dan Pengurusan Sekitaran, adalah satu kesalahan bagi kenderaan mengeluarkan asap atau wap yang boleh dilihat ketika di jalan raya. Menggunakan kenderaan bermotor yang mengeluarkan bunyi bising yang melebihi tahap yang ditetapkan juga merupakan satu kesalahan.
Menurut NEA, pemilik kenderaan yang mengeluarkan banyak asap "akan dikenakan denda yang ditentukan berdasarkan jenis kenderaan dan jumlah kesalahan yang dilakukan sebelum ini". Mereka yang gagal membayar jumlah itu boleh didenda sehingga S$5,000.
NEA turut menyatakan bahawa semasa operasi penguatkuasaan, motosikal asing yang didapati mengeluarkan asap berlebihan juga perlu menjalani ujian bagi memeriksa pengeluaran bunyi bising kenderaan mereka. Jika mereka gagal ujian tersebut, mereka akan disuruh untuk memperbaiki kenderaan mereka. Butiran pemandu dan motosikal juga akan dihantar kepada pihak berkuasa mereka untuk tindakan lanjut.
"Mengurangkan pengeluaran gas bunyi bising berlebihan akan membantu mencapai sekitaran bersih yang berpanjangan di Singapura," menurut NEA. "Anggota masyarakat dan pihak-pihak berkepentingan digesa supaya memainkan peranan mereka dalam memastikan sekitaran kita bersih dan piawai tinggi bagi kesihatan awam."
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.