197 pemilik flat di Anchorvale Village diberi pampasan kerana terlewat siap
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar: CNA/Syamil Sapari)
SINGAPURA: Sebanyak 197 pemilik flat Bina Ikut Tempahan (BTO) yang baru siap di Sengkang, akan diberi pampasan setelah flat-flat tersebut terlewat siap akibat pandemik COVID-19.
Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) menyatakan secara purata setiap pemilik flat berkenaan akan menerima S$3,000.
HDB menambah, sekitar 12,000 flat di 16 projek BTO selesai dibina pada enam bulan pertama tahun ini.
Jumlah itu yang paling banyak dalam tempoh lima tahun.
Lima daripada 16 projek BTO itu terlewat siap akibat pandemik . Dua daripadanya termasuk Anchorvale Village di Sengkang sepatutnya siap pada suku pertama 2022.
Bagaimanapun, disebabkan kekurangan tenaga kerja dan gangguan ke atas rantaian bekalan menyebabkan pembinaannya tergendala.
Ia hanya siap selepas tempoh wajib yang ditetapkan pada akhir Januari 2023.
Ini bermakna, pemilik flat yang terjejas layak mendapat pampasan di bawah langkah-langkah sementara COVID-19.
Menurut HDB, pihaknya sudah menyiapkan lebih 70 peratus daripada projek-projek yang tergendala disebabkan pandemik.

Sumber : CNA/IQ/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.