195 orang diberkas atas kesalahan berkait vape di beberapa pusat hiburan awam
Anggaran Waktu Membaca:
Para pegawai merampas vape dalam operasi penguatkuasaan di pusat-pusat hiburan. (Gambar: SPF)
SINGAPURA: Satu siri operasi di pub, bar, dan pusat hiburan KTV di seluruh negara memberkas 195 orang atas kesalahan berkait rokok elektronik atau vape.
Operasi tersebut dijalankan antara 15 Ogos dengan 23 Ogos, menurut polis dan Penguasa Sains Kesihatan (HSA) dalam satu kenyataan media bersama pada Ahad (31 Ogos).
Lebih 340 vape dan komponen berkaitan dirampas daripada 195 individu tersebut yang berumur antara 17 hingga 61 tahun. Sebelas pod daripada enam individu didapati mengandungi etomidate, agen bius yang ditemui dalam vape yang dicampur dadah, dikenali sebagai Kpod.
Lagi 13 individu - 10 lelaki dan tiga wanita berumur antara 19 hingga 47 tahun - ditahan atas kesalahan lain, menurut pihak berkuasa.
Polis dan HSA menyatakan sejumlah 16 operasi penguatkuasaan bersama sudah dijalankan oleh kesemua tujuh divisyen darat polis dan Jabatan Siasatan Jenayah, dengan sokongan daripada Biro Narkotik Pusat (CNB) dan HSA.
Lebih 270 pegawai dikerahkan untuk melakukan pemeriksaan ke atas lebih 1,600 individu di 151 pusat hiburan awam.
Operasi selama dua minggu itu adalah sebahagian daripada usaha Home Team untuk menyokong operasi pihak berkuasa yang menyeluruh terhadap amalan menghisap vape, tambah pihak berkuasa.

Semua 195 individu yang ditangkap dikenakan denda kerana memiliki vape, manakala enam individu yang ditemui dengan pod mengandungi etomidate akan disiasat atas pemilikan dadah, menurut polis dan HSA.
Semasa operasi tersebut, sembilan lelaki ditangkap kerana disyaki ahli kumpulan haram, dan dua wanita ditahan di pusat hiburan awam di Geylang kerana tinggal lebih masa dan gagal memberikan butiran peribadi.
Seorang wanita 26 tahun dan seorang lagi wanita 32 tahun juga ditahan selepas didapati dikehendaki oleh pihak polis.
"Polis secara kerap merujuk vape yang dirampas dan pesalah vape yang ditemui semasa tindakan kami dalam insiden ketenteraman awam kepada HSA dan akan terus berbuat demikian," kata Penolong Pesuruhjaya Kanan Polis Leon Chan, yang juga pengarah jabatan operasi.
"Selain itu, bagi menyokong usaha menyeluruh pemerintah, Polis akan terus bekerjasama dengan HSA dan agensi penguatkuasaan undang-undang lain untuk operasi penguatkuasaan bersama di pusat hiburan awam, di mana pegawai polis akan terus proaktif mencari vape dan vape etomidate."

Dengan penyenaraian etomidate sebagai dadah Kelas C bermula Isnin, semua penyalah guna etomidate akan berdepan hukuman yang lebih berat, kata polis dan HSA.
Pesalah kali pertama perlu menghadiri pemulihan sehingga enam bulan, manakala pesalah kali kedua akan ditangkap dan tertakluk kepada pengawasan wajib selama enam bulan, termasuk ujian dadah dan pemulihan.
Pesalah yang tidak melengkapkan program pemulihan mungkin akan didakwa di mahkamah.
Pesalah kali ketiga yang berumur 16 tahun ke atas akan dimasukkan ke Pusat Pemulihan Dadah untuk rawatan dan pemulihan.
Mereka kemudian akan menjalani ujian dadah dan pengawasan selama 12 bulan. Mereka yang berumur bawah 16 tahun akan tertakluk kepada pengawasan wajib dalam komuniti selama 12 bulan.
Cik Jessica Teo, penolong pengarah kumpulan di Kelompok Kawalan, Pematuhan dan Penguatkuasaan HSA, berkata operasi tersebut menunjukkan komitmen pemerintah dalam menangani masalah vape.
"HSA akan terus bekerjasama dengan polis dan CNB dalam operasi penguatkuasaan yang disasarkan untuk memerangi penggunaan vape di Singapura," kata Cik Teo.

Sumber : CNA/NK/ha
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.