Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

19 pemegang pas kerja, majikan didenda kerana langgar syarat Cuti Ketidakhadiran COVID-19

Seramai 19 pemegang pas kerja dan majikan didenda kerana melanggar arahan Cuti Ketidakhadiran (LOA) Kementerian Tenaga Manusia (MOM) semasa penularan COVID-19. 

Anggaran Waktu Membaca:
19 pemegang pas kerja, majikan didenda kerana langgar syarat Cuti Ketidakhadiran COVID-19

Orang ramai dilihat memakai pelitup muka di Orchard Road pada 28 Jan 2020.

Diterbitkan : 25 Feb 2020 09:33AM Dikemas Kini : 25 Feb 2020 09:35AM

SINGAPURA: Seramai 19 pemegang pas kerja dan majikan didenda kerana melanggar arahan Cuti Ketidakhadiran (LOA) Kementerian Tenaga Manusia (MOM) semasa penularan COVID-19.

Pihak berkuasa itu mendapati 10 pemegang pas kerja dan sembilan majikan mencabuli syarat-syarat itu, menurut MOM dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan pada Isnin (24 Feb).

Sebagai sebahagian daripada usaha untuk menguruskan keadaan virus korona itu di Singapura, semua pemegang pas kerja dengan sejarah perjalanan ke tanah besar China baru-baru ini wajib menjalani LOA selama 14 hari setibanya mereka di Singapura.

Pas bagi enam daripada 10 pemegang pas kerja itu dibatalkan.

Dalam dua kes, kedua-dua pekerja dan majikan mendakwa tidak tahu akan syarat-syarat LOA meskipun MOM sebelum ini sudahpun memaklumkan kepada mereka.

Di samping pembatalalan pas kerja mereka, para pekerja juga dilarang secara tetap daripada diambil bekerja di Singapura. Keistimewaan pas pekerja majikan juga digantung selama dua tahun.

Seorang lagi pekerja asing juga dibatalkan pas pekerjanya dan diharamkan secara tetap daripada bekerja di Singapura setelah dia didapati mengunjungi kasino.

Tiga daripada pekerja itu, yang sudah dibatalkan pas kerja mereka, tidak memberi menjawab panggilan MOM. Kementerian itu juga menggantung keistimewaan pas kerja bagi dua daripada majikan itu kerana gagal untuk memastikan para pekerja mereka boleh dihubungi semasa tempoh LOA.

"AMARAN TEGAS" BAGI SESETENGAH PEKERJA

Baki empat pemegang pas kerja pula diberikan "amaran tegas".

Dalam tiga kes, para pekerja itu diarahkan oleh majikan mereka untuk melaporkan diri ke tempat kerja.

Salah seorang pekerja itu, daripada Element Logistics, membuat aduan terhadap majikannya kerana membuatnya bekerja. Seorang lagi pekerja daripada SCDA Design diberitahu untuk melaporkan diri ke pejabat oleh pengurus HR syarikat itu. Pekerja ketiga daripada Cham Brothers Engineering pula diarahkan oleh pengarah syarikatnya untuk bekerja semasa menjalani LOA.

MOM menggantung keistimewaan pas pekerja majikan-majikan itu selama tiga tahun.

Dalam kes keempat, seorang pekerja asing diberikan amaran tegas kerana keluar daripada kediamannya bagi tempoh masa yang lama setelah waktu makannya.

Sehingga kini, MOM sudahpun mengambil tindakan terhada 14 pemegang pas kerja dan 15 majikan.

Sejauh ini, 11 pekerja audahpun diharamkan sejak Singapura melaksanakan syarat-syarat kelulusan kemasukan bagi para pemegang pas kerja yang mempunyai sejarah perjalanan ke tanah besar China.

Muat turun aplikasi BERITAmediacorp bagi iOS atau Google dan langgani saluran Telegram kami bagi perkembangan terkini virus korona COVID-19: https://t.me/BERITAmediacorp  

Sumber : CNA/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan