Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

19 pelajar Madrasah Al-Maarif dikuarantin setelah penolong jurulatih CCA positif COVID-19

Sekumpulan 19 pelajar Madrasah Maarif dikenakan arahan kuarantin setelah seorang penolong jurulatih CCA madrasah itu disahkan positif COVID-19.

Anggaran Waktu Membaca:

BERITAmediacorp: Seorang penolong jurulatih bagi Kegiatan Ko-kurikular (CCA) di Madrasah Al-Maarif Al-Islamiah diuji positif COVID-19. Ini menyebabkan sekumpulan 19 pelajar madrasah berkenaan turut dikenakan arahan kuarantin (QO).

Kes itu disahkan oleh Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS) hari ini (20 Jul) sebagai menjawab pertanyaan BERITAmediacorp.

Menurut MUIS penolong jurulatih CCA itu didapati positif menerusi ujian rutin dan hanya mengadakan kontak minimum di bawah 15 minit bersama sekumpulan 19 pelajar.

"Madrasah Al-Maarif mengeluarkan cuti ketidakhadiran (LOA) kepada para pelajar terjejas dan meminta para pelajar supaya memantau rapi kesihatan mereka di rumah,” menurut MUIS kepada kami.

Sebagai mengambil langkah berjaga-jaga seperti yang disarankan oleh Kementerian Kesihatan (MOH), para pelajar itu kemudian diberikan arahan kuarantin, jelas MUIS.

Pihak madrasah juga segera menjalankan kerja-kerja pembersihan dan pembasmian kuman di premisnya terutama sekali di bilik darjah yang digunakan.

Semalam (19 Jul), sumber-sumber memberitahu BERITAmediacorp bahawa penolong jurulatih CCA itu datang ke Madrasah Al-Maarif pada Khamis (15 Jul) untuk “menjalankan kegiatan CCA bersama sekumpulan pelajar Menengah 3”. Dia kemudian dikesan positif COVID-19.

Para pelajar terbabit pula diberikan LOA dan kemudian diarahkan menjalani kuarantin “sama ada di hotel atau di rumah masing-masing”.

Insiden terbaru ini merupakan kali kedua Madrasah Al-Maarif berdepan kes COVID-19. Kali pertama adalah dalam bulan Mei, apabila dua pelajarnya diuji positif COVID-19.

Kedua-dua pelajar itu, yang merupakan adik-beradik, disahkan positif COVID-19 selepas terkait kelompok Terminal 3 Lapangan Terbang Changi.

Sumber : BERITA Mediacorp/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan