19 kes tuntutan difailkan terhadap Qoo10 di bawah Tribunal Tuntutan Kecil
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar: 8World)
SINGAPURA: Sebanyak 19 tuntutan difailkan terhadap platform e-dagang Qoo10 di Tribunal Tuntutan Kecil.
Nilai tuntutan adalah antara S$2,000 hingga S$100,000.
16 tuntutan melibatkan kes gagal membuat pembayaran, sementara lagi dua kes bagi kredit pembelian online yang tidak boleh digunakan.
Tuntutan terakhir berkaitan barangan yang tidak seperti tertera di dalam kontrak.
Qoo10 berhutang dengan kedai roti Amberlys Cakes & Flowers sejak tiga bulan lalu.
Apabila bank pusat Singapura (MAS) menggantung khidmat pembayaran di platform e-dagang itu, kedai tersebut menerima satu pemberitahuan yang tidak diduga.
Pengurus Operasi Amberlys Cakes & Flowers Angela Lee berkata: "Komitmen daripada mereka di platform e-runding Tribunal Tuntutan Kecil adalah mereka akan membayar kami sekitar S$2,100 pada 29 September. Tetapi sebutan kes kami sebenarnya pada 30 September, jadi, menjelang 29 September, sekiranya kami masih belum menerima apa-apa daripada mereka, kami akan terus memfailkan kes tuntutan."
Menurut pemilik perniagaan Spys Trading & Consultation, Qoo10 berhutang dengannya sekitar S$100,000.
Beliau membuat aduan polis minggu lalu selepas menghantar surat tuntutan kepada Qoo10 di penghujung Ogos.
"Tiada sebarang kenyataan. Langsung tiada apa-apa daripada Qoo10 mahupun sesiapa, adakah mereka akan melunaskannya? Adakah mereka akan mengisytiharkan muflis? Adakah mereka akan lakukan pembubaran? Tiada siapa yang tahu. Tiada khabar langsung," kata Encik Dave K A, pemilik kedai berkenaan.
Seorang peguam yang memberi nasihat kepada peniaga-peniaga terjejas berkata langkah terakhir adalah untuk memulakan prosiding mahkamah.

Sumber : CNA/IQ/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.