Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

19 kes masyarakat di S'pura, 8 terkait kelompok Lapangan Terbang Changi

Singapura melaporkan 19 kes dalam kalangan masyarakat pada Sabtu (13 Mei), dengan 17 terkait kes-kes sebelum ini, manakala lagi dua tidak terkait mana-mana kes lain.

Anggaran Waktu Membaca:
19 kes masyarakat di S'pura, 8 terkait kelompok Lapangan Terbang Changi

Gambar fail Lapangan Terbang Changi. (Gambar: REUTERS/Edgar Su)

Diterbitkan : 16 May 2021 01:40AM Dikemas Kini : 16 May 2021 01:43AM

SINGAPURA: Singapura melaporkan 19 kes dalam kalangan masyarakat pada Sabtu (13 Mei), dengan 17 terkait kes-kes sebelum ini, manakala lagi dua tidak terkait mana-mana kes lain.

Ini selain 12 kes import baru, menurut Kementerian Kesihatan (MOH).

Tiada kes dilaporkan di dormitori pekerja asing.

2 TIDAK TERKAIT MANA-MANA KES SEBELUM INI

Seorang lelaki Singapura berusia 35 tahun yang bekerja sebagai pemandu peribadi mengalami sakit tekak pada 12 Mei dan demam pada keesokan harinya (13 Mei).

Dia kemudian berjumpa doktor di sebuah klinik pada 13 Mei dan diuji bagi COVID-19.

Keputusan ujiannya positif keesokan harinya. Keputusan ujian serologinya pula negatif.

Dia juga diuji awal positif bagi varian B1617 dan sedang menunggu keputusan ujian pengesahan.

Seorang lagi lelaki Singapura berusia 49 tahun yang tidak bekerja pula mengalami sakit tekak pada sebelah malam 12 Mei dan berjumpa doktor di sebuah klinik pada keesokan harinya. Dia juga diuji bagi COVID-19 dan keputusannya positif pada 14 Mei.

Keputusan ujian serologinya masih ditunggu. Dia sudahpun menerima dos pertama vaksin COVID-19 pada 10 Mei.

3 TERKAIT KES SEBELUM INI

Seorang suri rumah rakyat Singapura berusia 55 tahun yang merupakan kontak serumah dengan Kes 63166, iaitu seorang tukang masak WOK HEY di pusat beli-belah White Sands yang dijangkiti pada 13 Mei.

Wanita itu mengalami demam, sakit tekak dan batuk pada 12 Mei tetapi tidak berjumpa doktor. Namun oleh kerana dia dikenal pasti sebagai kontak Kes 63166, dia sudahpun dikuarantin pada 13 Mei dan diuji bagi COVID-19 pada hari yang sama.

Keputusan ujiannya positif pada 14 Mei. Keputusan ujian serologi pula masih ditunggu.

Seorang pesara lelaki berusia 70 tahun yang merupakan kontak serumah dengan Kes 63183, iaitu seorang pesara wanita 70 tahun yang disahkan positif COVID-19 pada 13 Mei, mengalami pneumonia pada 6 Mei dan sudah sembuh.

Namun, dia mula batuk pada 13 Mei dan dikuarantin pada hari yang sama kerana dia dikenal pasti sebagai kontak rapat Kes 63183.

Dia melaporkan simptom-simptomnya dan diuji positif COVID-19 pada malam yang sama. Keputusan ujiannya positif COVID-19 pada 14 Mei. Keputusan ujian serologinya negatif.

Seorang banduan berusia 32 tahun di Kompleks Penjara Changi positif COVID-19 pada 14 Mei.

Dia dikenal pasti sebagai kontak rapat Kes 63160, iaitu seorang cef yang bekerja di penjara itu, yang diuji positif COVID-19 pada 13 Mei.

Menyusuli kes cef tersebut, banduan itu dikuarantin pada 13 Mei meskipun tidak bergejala. Dia diuji bagi virus itu pada hari yang sama dan keputusannya positif pada keesokan harinya.

KELOMPOK GURU TUISYEN LEARNING POINT

Seorang lelaki rakyat Singapura berusia 41 tahun yang bekerja sebagai kakitangan penjualan di syarikat Aero Light Pte Ltd merupakan kontak serumah Kes 63187, yang merupakan pelajar 8 tahun dari Sekolah Kong Hwa yang menghadiri kelas di Learning Point.

Pegawai penjualan itu dikuarantin pada 12 Mei dan diuji bagi COVID-19 pada keesokan harinya. Keputusannya positif pada 14 Mei. Pada hari yang sama dia mengalami selesema.

Keputusan serologinya negatif.

Dua beradik - Kes 63259 dan 63268 - yang merupakan pelajar Sekolah Junior St Andrew menaiki bas yang sama dengan Kes 63186, iaitu pelajar 9 tahun dari sekolah yang sama, yang menghadiri kelas di Learning Point.

Kes 63268 mengalami demam pada 13 Mei dan berjumpa doktor di sebuah klinik pada hari yang sama, manakala Kes 63259 mengalami selesema pada 14 Mei.

Pada 14 Mei kedua-duanya dikuarantin kerana mereka kontak rapat Kes 63186. Keputusan ujian mereka positif pada 15 Mei. Keputusan serologi masih ditunggu.

KELOMPOK HOSPITAL TAN TOCK SENG

Seorang wanita rakyat Singapura berusia 80 tahun dimasukkan ke Wad 9D di Hospital Tan Tock Seng (TTSH) pada 5 April lalu dan dipindahkan ke Pusat Kebangsaan bagi Penyakit Berjangkit (NCID) pada 28 April.

Setiap hari wanita itu diuji bagi COVID-19 mulai 2 Mei dan semua keputusannya negatif.

Pada 13 Mei, dia mula mengalami demam dan keputusan ujiannya positif COVID-19. Keputusan ujian serologinya negatif.

KELOMPOK PEKERJA PEMBERSIHAN LAPANGAN TERBANG CHANGI

Seorang wanita rakyat Malaysia berusia 25 tahun yang bekerja sebagai penolong tukang masak di Kopitiam Terminal 3 Lapangan Terbang Changi adalah kontak rapat Kes 63070 - iaitu pekerja pembersihan di Kopitiam yang sama dan juga di Happy Hawkers di Blok 267 Compassvale Link.

Wanita itu dikesan semasa menjalani operasi ujian ke atas para pekerja di Terminal 3 Lapangan Terbang Changi.

Keputusan ujiannya positif keesokan harinya. Keputusan ujian serologinya negatif.

Dia diuji awal positif varian B1617 dan masih menunggu keputusan ujian pengesahan.

Seorang pegawai teknologi rakyat Singapura berusia 24 tahun di Bank Toronto-Dominion merupakan kontak rapat Kes 63091 - iaitu lelaki Singapura yang bekerja dengan Huawei Enterprise di Terminal 4 Lapangan Terbang Changi.

Wanita itu dikuarantin pada 12 Mei. Dia tidak bergejala dan dikesan menerusi ujian pantas antigen (ART) pada 13 Mei semasa dalam kuarantin dan kemudian dihantar ke NCID.

Ujian reaksi rantaian polimerase (PCR) dijalankan pada hari yang sama dan keputusannya positif pada 14 Mei. Keputusan ujian serologinya masih ditunggu.

Seorang wanita warga China berusia 42 tahun yang digajikan syarikat Ramky Cleantech Services sebagai pekerja pembersihan di Robinson 77 merupakan kontak rapat Kes 63071 - juga pekerja pembersihan Robinson 77 dari syarikat sama yang positif pada 10 Mei.

Wanita 42 tahun itu mengalami demam pada 12 Mei dan melaporkan simptomnya. Dia kemudian iduji bagi COVID-19 pada 13 Mei dan keputusannya positif keesokan harinya. Keputusan ujian serologinya negatif.

Seorang lagi wanita warga China, berusia 52 tahun, pekerja pembersihan di Robinson 77 dari syarikat yang sama juga positif COVID-19.

Dia juga kontak rapat Kes 63071 dan dikuarantin pada 11 Mei.

Dia mula demam pada 12 Mei dan batuk serta sakit tekak pada keesokan harinya. Dia kemudian diuji bagi COVID-19 pada 13 Mei selepas melaporkan simptomnya dan keputusan ujiannya positif pada 14 Mei. Keputusan ujian serologinya masih ditunggu.

Dia sudahpun menerima dos pertama vaksin COVID-19 pada 4 Mei.

Seorang suri rumah 56 tahun dan seorang jurugambar 26 tahun yang tinggal serumah adalah kontak serumah Kes 63178 - iaitu pegawai imigresen 57 tahun di Terminal 3 yang dijangkiti pada 13 Mei.

Suri rumah dan jurugambar itu mengalami batuk dan selesema pada 12 Mei tetapi tidak berjumpa doktor. Oleh kerana mereka dikenal pasti sebagai kontak rapat Kes 63178, mereka dikuarantin pada 13 Mei dan kemudian melaporkan simptom mereka.

Kedua-duanya diuji bagi COVID-19 pada hari yang sama dan keputusannya positif pada 14 Mei. Ujian serologi ke atas kedua-duanya pula negatif.

Seorang pegawai eksekutif di 1FSS Pte Ltd, berusia 70 tahun, adalah kontak serumah kepada Kes 63195 - iaitu pegawai Certis Cisco di Terminal 1 Lapangan Terbang Changi yang positif pada 14 Mei.

Pegawai eksekutif itu sudah bekerja dari rumah sejak 30 April.

Dia mengalami demam dan batuk pada 12 Mei tetapi tidak berjumpa doktor. Namun oleh kerana dia kontak rapat Kes 63195, dia dikuarantin pada 14 Mei dan diuji bagi COVID-19 pada hari yang sama. Keputusannya positif pada 14 Mei. Keputusan ujian serologinya pula negatif.

Seorang pegawai khidmat pelanggan SATS di Terminal 1 dan 3 Lapangan Terbang Changi juga dijangkiti.

Pegawai berusia 52 tahun itu tidak bergejala dan dikesan selepas menjalani ujian pada 12 Mei sebagai sebahagian daripada Ujian Rutin Berjadual (RRT).

Keputusan berkumpulannya positif COVID-19 pada 13 Mei dan dia dihantar ke hospital bagi ujian individu. dan keputusannya positif pada 14 Mei.

Ujian-ujian awal daripada RRT - dengan yang terakhir pada 14 April - semuanya negatif COVID-19. Keputusan ujian serologinya positif.

Dia sudah menerima dos pertama vaksin COVID-19 pada 24 Januari dan dos kedua pada 15 Februari.

KES IMPORT

Antara kes import adalah seorang rakyat Singapura dan enam penduduk tetap yang pulang dari India, Indonesia, Malaysia dan Filipina.

Satu kes merupakan pemegang pas kerja yang tiba dari Sri Lanka.

Empat kes pemegang permit kerja yang tiba dari Indonesia dan Filipina.

Semua kes import itu sudah diberikan Notis Jangan Keluar Rumah sebaik tiba di Singapura.

Ketibaan dari benua kecil India adalah kes-kes yang sudah sampai di Singapura sebelum sekatan perjalanan diperketat.

Setakat Sabtu, Singapura melaporkan 61,536 kes COVID-19 secara keseluruhan.  

Sumber : BERITA Mediacorp/NK/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan