Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

19 kes baru dalam kelompok Changi termasuk 3 pekerja pembersihan dan seorang penyelia

Kelompok jangkitan COVID-19 di Lapangan Terbang Changi sudah naik kepada 46 kes, selepas 19 kes baru ditambah ke dalam senarai itu pada Khamis (13 Mei).

Anggaran Waktu Membaca:
19 kes baru dalam kelompok Changi termasuk 3 pekerja pembersihan dan seorang penyelia

(Gambar: Mediacorp)

Diterbitkan : 14 May 2021 09:17AM Dikemas Kini : 14 May 2021 09:21AM

SINGAPURA: Kelompok jangkitan COVID-19 di Lapangan Terbang Changi sudah naik kepada 46 kes, selepas 19 kes baru ditambah ke dalam senarai itu pada Khamis (13 Mei).

Kes-kes baru itu termasuk tiga pekerja pembersihan dan seorang penyelia pembersihan, seorang suri rumah yang mengunjungi Terminal 3 sebanyak tiga kali dan seorang pemandu GoJek.

Daripada kes-kes baru itu, sembilan orang bekerja di Terminal 3, manakala enam daripada mereka adalah tinggal serumah dengan para pekerja pembersihan yang bekerja di lapangan terbang itu.

Lapan daripada kes-kes baru dalam kelompok itu didapati positif bagi varian B1617 dari India menerusi ujian awal, menurut Kementerian Kesihatan (MOH) dalam kemas kini terperinci hariannya.

Yang pertama daripada kes-kes baru itu adalah Kes 63115, seorang lelaki warga Malaysia berusia 46 tahun yang bertugas untuk SATS sebagai pegawai polis bantuan di Lapangan Terbang Changi.

Dia tinggal serumah dengan Kes 63070, iaitu seorang pekerja pembersihan di pusat makanan Kopitiam lapangan terbang itu yang disahkan positif COVID-19 pada 10 Mei.

Kes 63115 dikuarantin pada 11 Mei memandangkan dia berhubung rapat dengan Kes 63070 dan mengalami demam dan sakit tekak pada hari yang sama. Dia kemudian diuji positif COVID-19 pada 12 Mei.

Ujian serologinya negatif bagi antigen N, yang menandakan jangkitan lalu. Kes 63115 sudah menerima dos pertama vaksin COVID-19 pada 21 Feb dan dos kedua pada 14 Mac.

Kes 63117 adalah seorang wanita berusia 45 tahun dari China yang bekerja di SATS Premier Lounge di Terminal 3 Lapangan Terbang Changi. Dia mengalami batuk, seram sejuk dan selesema pada 7 Mei tetapi tidak mendapatkan rawatan perubatan.

Oleh kerana dia dikenal pasti berhubung rapat dengan satu lagi kes, dia dikuarantin pada 10 Mei dan diuji positif bagi COVID-19 pada keesokan harinya. Keputusan ujian serologinya negatif.

Kes 63118 adalah seorang pekerja pembersihan berusia 77 tahun di Terminal 3 yang digajikan syarikat Ramky Cleantech Services.

Dia dikenal pasti berhubung rapat dengan Kes 62873, iaitu seorang pekerja pembersihan berusia 88 tahun juga dari Ramky Cleantech Services yang diuji positif pada 5 Mei dan dikuarantin pada 9 Mei.

Dia tidak mengalami sebarang gejala dan dikesan apabila diuji positif pada 11 Mei semasa sedang dikuarantin. Ujian-ujian awalnya, termasuk yang terakhir pada 30 April, semuanya negatif. Dia didapati positif bagi varian B1617 menerusi ujian awal dan sedang menunggu keputusan ujian pengesahan.

Kes 63119 adalah seorang pekerja pembersihan dengan syarikat Abba Maintenance Services. Dia adalah isteri kepada Kes 63097, iaitu pekerja pembersihan dari Ramky Cleantech Services yang disahkan positif pada 11 Mei.

Dia mengalami sakit tekak pada 10 Mei tetapi tidak mendapatkan rawatan perubatan. Dia dikuarantin pada 11 Mei kerana dia merupakan kontak rapat kepada suaminya. Selepas dia melaporkan simptom yang dialami kepada MOH, dia diuji bagi COVID-19 dan disahkan dijangkiti pada 12 Mei. Dia sudah menerima dos pertama vaksin pada 3 April dan dos kedua pada 24 April.

Kes 63125 adalah seorang penolong khidmat jagaan kesihatan berusia 57 tahun di Raffles Medical di ruang transit Terminal 3 Lapangan Terbang Changi. Dia dikesan positif selepas menjalani ujian pada 10 Mei sebagai sebahagian daripada ujian rutin berjadual.

Dia mengalami selesema pada malam yang sama tetapi tidak melaporkan simptom itu. Hasil ujian kumpulannya adalah positif COVID-19 pada 11 Mei dan dia dihantar ke Pusat Nasional bagi Penyakit Berjangkit (NCID) tempat dia menjalani ujian individu.

Keputusan ujian itu positif bagi COVID-19 pada keesokan harinya. Ujian-ujian awal berjadual yang dijalaninya sebelum ini termasuk yang terakhir pada 4 Mei, semuanya negatif.

Ujian serologinya menunjukkan jangkitan itu di peringkat awal dan dia sudah didapati positif bagi varian B1617 menerusi ujian awal dan masih menunggu keputusan ujian-ujian pengesahan. Dia sudah menerima dos pertama vaksin pada 28 Mac dan dos kedua pada 25 April.

Kes 63126 adalah seorang pegawai eksekutif runcit berusia 39 tahun di sebuah kedai di Terminal 3. Dia tidak bergelaja dan diuji pada 10 Mei sebagai sebahagian daripada ujian rutin berjadual.

Keputusan ujian kumpulannya positif keesokan harinya dan dia dihantar ke NCID bagi menjalani ujian individu pada 11 Mei, dengan jangkitannya disahkan pada keesokan harinya.

Ujian-ujian awalnya, termasuk yang terakhir pada 13 April, semuanya negatif. Dia sudah menerima dos pertama vaksin pada 21 Januari dan dos kedua pada 14 Februari.

Kes 63128 adalah seorang warga Malaysia berusia 49 tahun yang merupakan pekerja pembersihan bagi Ramky Cleantech Services di Terminal 3. Dia dikuarantin pada 10 Mei kerana dia merupakan kontak rapat Kes 63072, seorang pegawai penyenggaraan premis dari Ramky Cleantech Services, yang disahkan positif pada 10 Mei.

Kes 63128 diuji pada 11 Mei dan mengalami batuk tetapi tidak melaporkan simptomnya.

Jangkitannya disahkan pada keesokan harinya dan ujian-ujian sebelum itu semuanya negatif, termasuk yang terakhir dijalankan pada 1 Mei. Dia didapati positif bagi varian B1617 menerusi ujian awal.

Kes 63129 adalah seorang warga Malaysia berusia 33 tahun. Dia bekerja sebagai pekerja pembersihan di Terminal 3 bagi syarikat Ramky Cleantech Services. Dia dikuarantin pada 10 Mei kerana dia merupakan kontak rapat Kes 63072 dan diuji positif pada 11 Mei.

Dia mengalami batuk dan hidung tersumbat pada 12 Mei tetapi tidak melaporkan simptomnya. Keputusan ujiannya positif pada hari yang sama. Ujian-ujian awalnya, termasuk yang terakhir pada 30 April, semuanya negatif COVID-19.

Dia diuji positif bagi varian B1617 menerusi ujian awal dan menerima dos pertama vaksin pada 22 Januari dan dos kedua pada 14 Februari.

Kes 63132 adalah seorang jurutera berusia 29 tahun di ST Engineering yang tinggal serumah dengan Kes 63026. Dia dikuarantin pada 9 Mei dan diuji pada 11 Mei. Dia tidak bergejala dan keputusan ujiannya positif COVID-19 pada 12 Mei. Ujian serologinya negatif.

Kes 63135 ialah pembantu rumah warga Indonesia berusia 44 tahun yang dikuarantin pada 10 Mei kerana dia kontak rapat Kes 63059. Dia mula demam sehari kemudian dan diuji bagi COVID-19 selepas melaporkan simptomnya. Keputusan ujiannya positif pada 12 Mei.

Kes 63136 pula ialah seorang wanita 52 tahun yang bekerja sebagai kru cawangan McDonald's di Blok 744 Bedok Reservoir Road. Dia merupakan kontak rapat Kes 63100, iaitu pekerja pembersihan Ramky Cleantech Services yang disahkan positif jangkitan pada 11 Mei.

Dia mengalami sakit tekak pada 8 Mei tetapi tidak mendapatkan rawatan. Oleh kerana dia merupakan kontak rapat Kes 63100, dia dikuarantin pada 11 Mei. Dia memaklumkan kepada MOH mengenai simptom yang dialami dan diuji bagi COVID-19 pada 11 Mei semasa kuarantin, dengan jangkitan disahkan keesokan harinya. Dia didapati positif bagi varian B1617 menerusi ujian awal dan sedang menunggu keputusan ujian pengesahan.

Kes 63138 pula seorang pelajar di Politeknik Temasek yang sudah menjalani pembelajaran dari rumah sejak 7 Mei. Dia juga kontak rapat Kes 63100, iaitu pekerja pembersihan Ramky Cleantech Services.

Dia mengalami sakit kepala dan batuk pada 11 Mei tetapi tidak mendapatkan rawatan perubatan.

Oleh kerana dia dikenal pasti sebagai kontak rapat Kes 63100, dia dikuarantin pada 11 Mei dan disahkan dijangkiti COVID-19 pada 12 Mei. Dia diuji positif bagi varian B1617 menerusi ujian awal.

Kes 63139 ialah seorang suri rumah berusia 44 tahun yang beberapa kali mengunjungi Terminal 3. Dia mengalami sakit tekak pada 8 Mei dan mendapatkan rawatan di sebuah klinik keesokan harinya. Dia kemudian diuji bagi COVID-19 pada 10 Mei dan keputusannya positif dua hari kemudian. Dia masih menunggu keputusan ujian serologi.

Kes 63140 adalah seorang pegawai keselamatan penerbangan Certis Cisco di Terminal 3 Lapangan Terbang Changi. Dia mengalami selesema pada 10 Mei dan mendapatkan rawatan perubatan di sebuah klinik keesokan harinya di mana dia diuji bagi COVID-19 pada keesokan harinya.

Keputusan ujiannya positif pada 12 Mei. Ujian-ujian awal berjadual, dengan yang terakhir pada 3 Mei, semuanya negatif COVID-19. Dia masih menunggu keputusan ujian serologi. Kes 63140 sudah menerima dos pertama vaksin pada 14 Januari dan dos kedua vaksin pada 4 Februari.

Kes 63141 adalah seorang jurutera sofwe berusia 40 tahun di ST Engineering. Dia mengalami sakit tekak pada 9 Mei, sakit kepala pada 10 Mei dan selesema pada 11 Mei. Dia kemudian mendapatkan rawatan perubatan di sebuah klinik pada 11 Mei dan diuji bagi COVID-19. Keputusan ujiannya positif keesokan harinya. Kes 63141 sudah menerima dos pertama vaksin pada 5 Februari dan dos kedua pada 26 Februari.

Kes 63146 adalah seorang pemandu kereta sewa privet GoJek berusia 44 tahun. Dia mengunjungi Terminal 3 Lapangan Terbang Changi pada 6 Mei dan mengalami demam dan batuk empat hari kemudian. Dia mendapatkan rawatan di sebuah klinik pada hari yang sama dan diuji bagi COVID-19, dengan eputusan positif pada 12 Mei. Dia didapati positif bagi varian B1617 menerusi ujian awal dan sedang menunggu keputusan ujian-ujian pengesahan.

Kes 63148 adalah seorang mahasiswa sebuah universiti luar negara berusia 24 tahun yang melakukan pembelajaran dari rumah di Singapura.

Dia tinggal serumah dengan Kes 63059, iaitu pekerja pembersihan berusia 63 tahun dari Ramky Cleantech Services yang disahkan positif COVID-19 pada 10 Mei.

Oleh kerana Kes 63148 dikenal pasti sebagai kontak rapat, dia dikuarantin pada 10 Mei. Dia mengalami demam dan selesema pada 12 Mei dan diuji bagi COVID-19 selepas melaporkan simptomnya. Keputusanya positif pada keesokan harinya.

Kes 63149 ialah seorang pekerja pembersihan berusia 80 tahun bagi Ramky Cleantech Services di Terminal 3 Lapangan Terbang Changi. Oleh kerana dia kontak rapat Kes 62873, iaitu seorang lagi pekerja pembersihan Ramky Cleantech Services yang disahkan positif COVID-19 pada 5 Mei, dia dikuarantin pada 10 Mei.

Dia tidak bergejala dan dikesan apabila diuji positif pada 12 Mei. Keputusan ujiannya positif pada keesokan harinya.

Kes 63150 pula adalah seorang pekerja pentadbiran di SBY Frozen Food Supply. Dia merupakan anggota keluarga Kes 63055, iaitu pegawai keselamatan penerbangan Certis Cisco di Terminal 3 Lapangan Terbang Changi dan 63074, juga seorang pekerja pentadbiran di SBY Frozen Food Supply. Kes 63055 dan 63074 diuji positif bagi COVID-19 pada 10 Mei.

Kes 63150 dikuarantin pada 10 Mei dan diuji pada 12 Mei. Jangkitannya disahkan pada 13 Mei dan dia tidak bergejala tetapi diuji positif bagi varian B1617 menerusi ujian awal. Dia sudah menerima dos pertama vaksin pada 3 April dan dos kedua pada 24 April.

Sebanyak 46 kes kini terkait kelompok itu sejak seorang pekerja pembersihan berusia 88 tahun di Terminal 3 diuji positif pada 5 Mei.

Setakat Khamis (13 Mei), Singapura melaporkan sebanyak 61,451 kes COVID-19 dan 31 kematian.

Sumber : CNA/NK/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan