19 babi hutan dijerat dan dialihkan dari Bukit Panjang sejak Mei
Anggaran Waktu Membaca:
Seekor babi hutan dilihat di Bukit Panjang. (Gambar: CNA/Javier Lim)
SINGAPURA: Lembaga Taman Negara (NParks) sudah memerangkap dan mengalihkan 19 ekor babi hutan dari kawasan Bukit Panjang sejak Mei.
Langkah itu dibuat menyusuli dua kes serangan babi hutan ke atas para penduduk di kawasan tersebut.
Menteri Negara Kanan Pembangunan Negara Tan Kiat How berkata satu pendekatan berasaskan sains akan mengurangkan kesan ke atas babi hutan.
Beliau menambah haiwan itu memainkan peranan penting dalam ekosistem Singapura.
Sebagai permulaan, lebih banyak pagar akan dibina di kawasan terjejas.
Ini sudah terbukti berkesan dalam mengekang babi hutan daripada memasuki kawasan kediaman.
Kerja-kerja pembinaan pagar itu dijangka selesai selewat-lewatnya Ogos ini.
Namun, Encik Tan berkata lebih banyak usaha perlu dilaksanakan di peringkat masyarakat.
"NParks juga sedang bekerja rapat dengan pihak-pihak berkepentingan berhubung pendidikan awam dan pendampingan bagi menggalak keadaan yang selamat dan bertanggungjawab apabila manusia bertembung dengan hidupan liar. Ini termasuk tidak menggalak mereka memberi makan kepada hidupan liar yang boleh mengubah sikap semula jadinya untuk mencari makanan dan menyebabkannya bergantung kepada manusia untuk mendapatkan makanan," tambah Encik Tan.

Sumber : CNA/FZ/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.