Skip to main content

Singapura

187 kes tempatan baru COVID-19 di Singapura, termasuk 113 tanpa hubung kait

Sebanyak 187 kes tempatan baru COVID-19 dilaporkan setakat tengah hari Khamis (2 Sep), menurut Kementerian Kesihatan (MOH).

Anggaran Waktu Membaca:
187 kes tempatan baru COVID-19 di Singapura, termasuk 113 tanpa hubung kait

Sebuah pusat pertukaran bas di Singapura. (Gambar: Nuria Ling/TODAY)

Diterbitkan : 02 Sep 2021 06:30PM Dikemas Kini : 02 Sep 2021 06:31PM

SINGAPURA: Sebanyak 187 kes tempatan baru COVID-19 dilaporkan setakat tengah hari Khamis (2 Sep), menurut Kementerian Kesihatan (MOH).

56 kes berhubung kait dengan kes-kes terdahulu dan sudah dikenakan kuarantin.

Lagi 18 jangkitan berkait dengan kes sebelumnya dikesan menerusi ujian pemantauan.

113 kes tidak mempunyai kaitan setakat ini.

Tiga warga emas berusia 70 tahun dan ke atas yang belum divaksin atau sudah menerima satu dos vaksin dan berisiko menghidap jangkitan teruk, merupakan dalam kalangan kes baru hari ini.

Selain itu, terdapat empat kes import dengan semuanya sudah dikenakan notis jangan keluar rumah (SHN) atau diasingkan sebaik tiba di Singapura.

1 kes dikesan semasa ketibaan di Singapura manakala lagi tiga mengalami jangkitan semasa menjalani SHN atau pengasingan.

Secara keseluruhan, terdapat 191 kes baru COVID-19 di Singapura hari ini.

Butiran lanjut kes akan diumumkan malam nanti, menurut MOH.

Setakat Khamis, jumlah terkumpul kes COVID-19 di Singapura adalah 67,991.

Sumber : BERITA Mediacorp/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita