185,000 warga daftar di bawah SG Lebih Sihat, kata Ong Ye Kung
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Sekitar 185,000 orang sudah mendaftar bagi menyertai skim SG Lebih Sihat sejak strategi jagaan kesihatan pencegahan itu dilancarkan lebih lima minggu lalu.
Ini bermakna mereka sudah berdaftar dengan seorang doktor keluarga (GP) yang akan membantu menjaga kesihatan mereka.
75 peratus daripada mereka berusia 60 tahun ke atas, manakala bakinya antara 40 hingga 59 tahun.
Sejauh ini, kira-kira 500,000 kiriman SMS sudahpun dihantar demi menggalakkan orang ramai menyertai skim itu.
"Sekarang ini, kami menerima lebih 3,000 pendaftaran sehari. Bagi saya, ia suatu permulaan baik dan menggalakkan. Kami tidak menjangkakan kenaikan mendadak dan memang kami tidak mengingingkan perkara tersebut berlaku," kata Menteri Kesihatan Ong Ye Kung.
"Berdasarkan kapasiti kami, apa yang kami inginkan adalah peningkatan stabil bagi jumlah pendaftaran dan bukan sahaja pendaftaran. Selain pendaftaran, kami ingin mereka bertemu dengan doktor mereka untuk rujukan pertama. Setakat ini, daripada semua yang sudah mendaftar, sepertiga sudah berbuat sedemikian," tambahnya.
Bercakap di pameran SG Lebih Sihat di Kampung Admiralty pada pagi Ahad (13 Ogos), Encik Ong turut berkongsi bahawa golongan doktor keluarga membentuk lebih separuh pendaftaran tersebut.
30 peratus daripada mereka berdaftar secara sendiri, manakala yang lain pula ikut serta setelah didampingi rakan-rakan Kementerian Kesihatan (MOH).
Lebih dua juta penduduk berusia 40 tahun dan ke atas dijangka meraih manfaat daripada usaha SG Lebih Sihat menjelang akhir tahun depan.
Encik Ong turut mendedahkan bahawa lebih 80 peratus klinik atau 950 doktor keluarga (GP) sudah menyertai skim tersebut.
MOH kini mendekati doktor-doktor lain agar turut meningkatkan teknologi yang mereka digunakan.
"Kami akan terus bekerjasama dengan mereka, dan cuba menghuraikan isu IT dan isu-isu lain. Namun secara amnya, saya rasa kami mempunyai sokongan kukuh daripada GP (doktor keluarga).
" Sudah tentu, bagi mereka yang sudah mendaftar, mereka juga beri maklum balas yang akan kami teliti. Ini satu kerjasama jangka panjang antara GP privet dan sistem jagaan kesihatan awam," kata Encik Ong.

Sumber : CNA/NY/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.