185 orang alami simptom gastroenteritis di 6 prasekolah E-Bridge
Pihak berkuasa sedang menyiasat 185 kes gastroenteritis yang dilaporkan berikutan wabak di enam prasekolah E-Bridge.
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Pihak berkuasa sedang menyiasat 185 kes gastroenteritis yang dilaporkan berikutan wabak di enam prasekolah E-Bridge.
Kejadian-kejadian tersebut berlaku di lokasi E-Bridge berikut: Bukit Panjang, Canberra, Montreal, Woodlands Drive, 471B Yishun dan 504 Yishun, menurut kenyataan bersama Agensi Penyakit Berjangkit (CDA), Agensi Makanan Singapura (SFA) dan Agensi Pembangunan Awal Kanak-Kanak (ECDA) ada Jumaat (21 Nov).
Sebanyak 173 pelajar dan 12 kakitangan jatuh sakit selepas memakan makanan yang dibekalkan oleh Middleton International School.
“Seorang pelajar dimasukkan ke hospital dan berada dalam keadaan stabil,” menurut pihak berkuasa. “Yang selebihnya mendapatkan rawatan pesakit luar, mengubati diri sendiri, atau pulih tanpa rawatan.”
Akibat daripada wabak tersebut, SFA menggantung operasi perniagaan makanan Middleton International School yang terletak di 2 Tampines Street 92, mulai Jumaat sehingga dimaklumkan kelak.
Pemegang lesen dikehendaki mematuhi beberapa langkah semasa penggantungan, termasuk pembersihan dan sanitasi premis, peralatan dan perkakas.
Semua pengendali makanan di premis berkenaan juga perlu menghadiri semula dan lulus Kursus Keselamatan Makanan Tahap 1 serta diuji negatif bagi patogen bawaan makanan sebelum mereka boleh kembali bertugas sebagai pengendali makanan, menurut pihak berkuasa.
Pegawai kebersihan makanan yang dilantik di premis itu pula mesti menghadiri semula dan lulus Kursus Keselamatan Makanan Tahap 3 sebelum dibenarkan untuk kembali bekerja.
Kenyataan itu menyebutkan bahawa ECDA sedang berhubung dengan para pengendali prasekolah itu, dan mereka sudah mendapatkan aturan alternatif untuk memastikan penyediaan makanan bagi kanak-kanak tidak terjejas.
“SFA ingin mengingatkan para pengendali makanan supaya mematuhi amalan kebersihan makanan dan kebersihan diri pada setiap masa,” menurut kenyataan itu.
“SFA tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas terhadap sesiapa yang didapati melanggar Akta Kesihatan Awam Alam Sekitar.”
Orang ramai yang terlihat amalan kebersihan yang kurang memuaskan di premis makanan dinasihatkan supaya tidak mengunjungi premis tersebut dan membuat laporan kepada SFA melalui borang maklum balas online dengan menyediakan butiran lengkap untuk siasatan lanjut.
Sekitar 44 kes gastroenteritis yang disyaki di dua cawangan E-Bridge Pre-School di Dawson Road dan Sengkang Square dilaporkan pada Oktober, kurang daripada sebulan selepas wabak serupa melanda cawangannya di MacPherson.

Sumber : CNA/AZ/az
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.