Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

185 kes kemalangan serius libatkan bas awam pada 2024, berbanding 200 pada 2023

Jumlah kes kemalangan serius melibatkan bas awam merosot kepada 185 pada tahun lalu, berbanding 200 pada 2023.

Anggaran Waktu Membaca:
185 kes kemalangan serius libatkan bas awam pada 2024, berbanding 200 pada 2023

Orang ramai beratur untuk menaiki bas. (Gambar fail: CNA)

Diterbitkan : 12 Feb 2025 12:30PM Dikemas Kini : 12 Feb 2025 12:33PM
SINGAPURA: Jumlah kes kemalangan serius melibatkan bas awam merosot kepada 185 pada tahun lalu, berbanding 200 pada 2023.

Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) menyatakan ini termasuk kemalangan yang membawa maut atau kecederaan parah yang perlukan rawatan di hospital.

Sebelum seorang pemandu bas baharu boleh mengambil penumpangnya yang pertama, beliau dikehendaki menjalani kursus asas selama lima hari (EVLTP) di Akademi Bas Singaupura.

Kursus itu bertujuan memastikan piawaian khidmat konsisten dari kesemua pengengali pengangkutan awam.

Setakat tahun lalu, lebih 10,000 kapten bas telah berdaftar.

Mereka menggunakan alat simulator untuk meniru situasi kehidupan sebenar dan mendapat latihan secukupnya sebelum mereka memandu di jalan raya.

Program-program penyegaran juga ditawarkan kepada para pemandu bas di mana mereka dimaklumkan mengenai trend kemalangan terkini.

Sekitar 40 peratus pemandu yang masih berkhidmat telah menjalani program tersebut.

"Dari masa ke masa, undang-undang dan peraturan sentiasa berubah.

"Program penyegaran sebegini adalah satu cara untuk memastikan kita sentiasa dimaklumkan dan lebih berpengetahuan dan bersedia berkhidmat sebagai pemandu bas yang selamat kepada orang awam," kata pemandu bas kanan SBS Transit, Guek Peng Kian.

Walaupun para pengendali bas sudah pun melaksanakan beberapa langkah keselamatan, sebuah pasukan bertindak ditubuhkan pada Julai lalu bagi mengenal pasti cara-cara mereka dapat memperbaiki diri.

Semakan itu akan selesai dijalankan menjelang pertengahan tahun ini.
Sumber : CNA/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan