1,800 penduduk di SG berusia 100 tahun ke atas, 20% lebih tinggi sejak 2000
Di Singapura, ada sekitar 1,800 orang yang berusia 100 tahun dan ke atas.
Anggaran Waktu Membaca:
- Jumlah warga emas berusia 100 tahun ke atas di Singapura meningkat sekitar 20 peratus dalam lima tahun, dijangka terus bertambah.
- Cik Pua Jock Eng dan Cik Lai Heng berkongsi pengalaman hidup aktif dan berdikari, disokong oleh keluarga serta komuniti.
- Pakar seperti Dr Kelvin Tan menekankan kepentingan sokongan sosial, peluang pembelajaran, dan pekerjaan mikro untuk warga emas.
- Perubahan demografi menyebabkan keperluan dan jangkaan warga emas berubah, memerlukan polisi insurans dan inisiatif baharu.
SINGAPURA: Di Singapura, ada sekitar 1,800 orang yang berusia 100 tahun dan ke atas.
Jumlahnya itu sekitar 20 peratus lebih tinggi berbanding lima tahun lalu.
Bilangannya dijangka terus meningkat.
Ini sedang orang ramai menjalani kehidupan lebih sihat dan hidup bagi tempoh lebih panjang.
Apakah antara kunci bagi kehidupan yang lebih bermakna?
Dua warga emas berusia lebih 100 tahun dan pakar-pakar berkongsi pandangan mereka.
Cik Pua Jock Eng menyambut ulang tahunnya yang ke-112 tahun ini.
Dilahirkan pada 1914 di Hainan, China, beliau pernah melalui dua Perang Dunia dan melihat sendiri perkembangan Singapura daripada negara dunia ketiga menjadi negara maju.
Anak sulung Cik Pua berkata ibunya menjaga kesemua enam orang anaknya di rumah sementara bapanya bekerja sebagai seorang tukang masak di atas kapal.
"Beliau mungkin berlayar selama 18 bulan, satu tahun, dua tahun, dan ibu saya akan menjaga kami.
"Tetapi satu perkara yang membantu kami adalah beliau juga berusaha untuk menjadi aktif dan mencari pendapatan. Beliau biasa membasuh pakaian untuk isi rumah, membasuh dengan tangan.
"Kemudian, pada suatu masa, beliau menjual roti dengan menjaja makanan di kampung," kata Andy Foo, anak lelaki kepada Cik Pua Jock Eng.
Cik Pua antara warga emas yang berusia sekurang-kurangnya 100 tahun di Singapura.
Sedang negara itu melangkah ke arah status lampau usia, bilangan warga emas berusia 65 tahun ke atas juga meningkat pada rentak lebih pantas berbanding dekad lalu.
Namun penduduk warga emas bukan sahaja bertambah, malah profil demografi juga kian berubah-ubah.
Warga emas kini hidup lebih lama dan menua dengan lebih baik, kerana ada lebih banyak akses kepada khidmat jagaan kesihatan, lebih berpendidikan dan lebih mewah berbanding kohort-kohort sebelumnya.
Ini boleh menyebabkan jangkaan dan keperluan yang berbeza sedang mereka meniti usia lanjut.
"Setiap kohort warga emas hidup lebih lama berbanding kohort sebelumnya.
"Jangkaan tentang apa yang boleh diberikan kepada mereka, sebagai contoh, dalam masyarakat, tidak akan sama. Ia akan berubah, yang bermaksud ada yang ingin bermain golf, sebagai contoh, selepas mereka bersara, dan ada yang ingin hanya mempunyai masa yang tenang dan mengikuti kelas meditasi.
"Ada pula yang mungkin suka bercerita supaya mereka dapat berkongsi kebijaksanaan mereka kepada generasi muda," kata Profesor Madya Dr Kelvin Tan, Program Gerontologi, Minor dalam Program Pengajian Penuaan Gunaan, SUSS.
Dengan lebih ramai gologan 'Baby Boomer' atau lahir selepas perang dijangka mencapai usia 100 tahun serta usia persaraan kini ditetapkan pada 64 tahun, Dr Tan berkata lebih banyak usaha diperlukan bagi menyokong golongan tersebut.
"Daripada usia 65 tahun kepada 100 tahun, bezanya adalah sekitar 35 tahun, masa yang panjang. Jadi apa yang boleh mereka sumbangkan kepada masyarakat? Atau mencari tujuan dalam kehidupan mereka? Itu sangat penting," kata Dr Tan.
Dr Tan berkata bagi kebanyakannya warga emas, keupayaan untuk berdikari adalah kunci bagi mencari tujuan kehidupan.
Ini termasuk keupayaan untuk terus bekerja, mempelajari kemahiran baharu atau kekal aktif dan mempunyai hubungan sosial.
Cik Lai Heng, yang berusia 104 tahun, misalnya memastikan beliau kekal aktif dengan mengunjungi Pusat Penuaan Aktif yang terletak berdekatan rumahnya di Redhill setiap hari.
Menurut Cik Lai Heng, pembantu rumahnya akan membawanya ke seluruh estet untuk menikmati kemudahannya.
Memandang ke hadapan, pakar-pakar menggesa lebih banyak cara bagi membantu warga emas menua dengan baik.
Antara huraian yang dicadangkan termasuk menyediakan lebih banyak peluang pembelajaran dan pekerjaan mikro serta polisi insurans yang lebih baik.

Sumber : CNA/QA/ha
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.