180 karton, lebih 1,040 paket rokok haram ditemui dalam kereta di Pusat Pemeriksaan Tuas.
Sebanyak 180 kotak dan 1,041 paket rokok tanpa cukai ditemui oleh para pegawai Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) di Pusat Pemeriksaan Tuas pada 8 September, menurut pihak berkuasa itu pada Isnin (10 Sep).

Lebih 1,000 paket rokok ditemui dalam kereta berdaftar Singapura (Gambar: Facebook/ICA)
SINGAPURA: Sebanyak 180 kotak dan 1,041 paket rokok tanpa cukai ditemui oleh para pegawai Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) di Pusat Pemeriksaan Tuas pada 8 September, menurut pihak berkuasa itu pada Isnin (10 Sep).
ICA dalam satu catatan Facebook menyatakan barangan terlarang itu disembunyikan dalam beberapa ruang yang diubah suai dalam sebuah kereta berdaftar Singapura.
Kereta berkenaan dipandu seorang lelaki warga Singapura berusia 35 tahun. Beliau sedang kembali ke Singpura dengan isteri dan anaknya yang berusia tujuh tahun.
Kes tersebut dirujuk kepada pihak Kastam Singapura dan prosiding mahkamah sedang dijalankan, menurut ICA.
Dalam satu kes berasingan pada Isnin, para pegawai ICA menemui 5,066 bungkusan tembakau kunyah di Pusat Pemeriksaan Woodlands.
Dalam satu kenyataan Facebook pada Selasa ICA menyatakan para pegawainya mengarahkan sebuah kereta berdaftar di Malaysia yang dipandu lelaki warga Malaysia berusia 32 tahun, supaya diperiksa lebih lanjut apabila memasuki pusat pemeriksaan.
Bungkusan-bungkusan tembakau ditemui di beberapa bahagian keliling dan bawah kereta.
Kes tersebut dirujuk kepada Penguasa Sains Kesihatan (HSA) untuk siasatan lanjut.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.