18 sekolah mendapat permainan kad, filem pendek dalam kempen anti-buli
Satu permainan kad interaktif tentang pembulian, serta filem-filem pendek merupakan antara alat-alat yang akan diberikan kepada 18 sekolah di Singapura, sebagai sebahagian daripada usaha baharu untuk memupuk masyarakat yang lebih baik hati.
- Satu permainan kad interaktif tentang pembulian, serta filem-filem pendek merupakan antara alat-alat yang akan diberikan kepada 18 sekolah di Singapura, sebagai sebahagian daripada usaha baharu untuk memupuk masyarakat yang lebih baik hati.
- Para penganjur berharap dapat bekerjasama dengan semua sekolah di negara ini satu hari nanti.
- Ia sebahagian daripada usaha baharu membanteras perbuatan membuli, yang dipanggil 'Take a Stand', atau Ambil Pendirian.
- Lebih ramai pemudah cara belia dan rakan sokong sebaya juga akan dilatih untuk mendengar luahan para pelajar tanpa membuat andaian sendiri.
Para penganjur berharap dapat bekerjasama dengan semua sekolah di negara ini satu hari nanti.
Mangsa buli sering berdiam diri, manakala mereka yang menjadi saksi buli mungkin setakat membatu.
Lantaran itu, permainan kad baharu tersebut diharap dapat mendidik para pelajar supaya mula berkongsi pengalaman mereka.
Ia sebahagian daripada usaha baharu membanteras perbuatan membuli, yang dipanggil 'Take a Stand', atau Ambil Pendirian.
"Sebagai pelajar dan belia, saya rasa saya memainkan peranan untuk bekerjasama dengan sekolah saya dan juga memberitahu rakan-rakan saya tentang kesan-kesan negatif daripada perbuatan membuli," kata pelajar Sekolah Menengah Kent Ridge, Eryna Shakira.
Lebih ramai pemudah cara belia dan rakan sokong sebaya juga akan dilatih untuk mendengar luahan para pelajar tanpa membuat andaian sendiri.
Tenaga pengajar, kaunselor dan agensi sosial juga akan terus memastikan golongan belia tahu di mana mereka boleh mendapatkan bantuan.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.