Skip to main content

Singapura

18 perjanjian SG-Shanghai dimeterai termasuk dalam bidang teknologi perubatan & penyelidikan

Singapura dan Shanghai sedang bekerjasama untuk membangunkan teknologi perubatan, menjalankan penyelidikan dan berkongsi kepakaran perubatan.

Anggaran Waktu Membaca:
18 perjanjian SG-Shanghai dimeterai termasuk dalam bidang teknologi perubatan & penyelidikan

Menteri Undang-undang Edwin Tong berucap semasa mesyuarat Majlis Kerjasama Menyeluruh Singapura-Shanghai. (Gambar: Mediacorp)

Diterbitkan : 16 Oct 2025 06:01PM
SINGAPURA: Singapura dan Shanghai sedang bekerjasama untuk membangunkan teknologi perubatan, menjalankan penyelidikan dan berkongsi kepakaran perubatan.

Ini akan dilakukan melalui pusat-pusat inovasi perubatan yang baharu di kedua-dua bandar.

Ia merupakan antara 18 perjanjian yang dimeterai semasa mesyuarat Majlis Kerjasama Menyeluruh Singapura-Shanghai yang diadakan di bandar China itu.

Perjanjian-perjanjian lain pula memberi tumpuan kepada bidang seperti perkhidmatan kewangan, ekonomi digital dan hijau, serta pertukaran budaya.

Ini berlaku di tengah-tengah peningkatan perdagangan dua hala antara Singapura dan Shanghai.

Ia meningkat 5.4 peratus dari tahun ke tahun pada separuh pertama 2025.

Berucap di mesyuarat tersebut, Menteri Undang-undang Edwin Tong menggalakkan syarikat-syarikat tempatan supaya terus meneroka perkongsian sedemikian.

"Asia Tenggara kekal sebagai pasaran yang sangat penting, dan bahagian penting rantaian bekalan serantau untuk China.

"Setakat Jun 2025, lebih 600 projek oleh syarikat-syarikat Shanghai sudah bertapak di Singapura, dengan pelaburan terkumpul kira-kira AS$8.5 bilion. Sektor-sektor ini merangkumi perkhidmatan kewangan, bioperubatan, serta tenaga hijau," kata Encik Tong.
Sumber : CNA/AA/az
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita