Skip to main content

Singapura

18 penunggang motosikal didapati tiada lesen sah dalam operasi dekat Pusat Pemeriksaan Woodlands

Seramai 18 orang didapati menunggang motosikal tanpa lesen sah, dalam satu operasi penguatkuasaan berbilang agensi yang dijalankan oleh Polis Trafik (TP) berdekatan Pusat Pemeriksaan Woodlands.

Anggaran Waktu Membaca:
18 penunggang motosikal didapati tiada lesen sah dalam operasi dekat Pusat Pemeriksaan Woodlands

Operasi penguatkuasaan berbilang agensi yang dijalankan oleh Polis Trafik berdekatan Pusat Pemeriksaan Woodlands. (Gambar: Pasukan Polis Singapura)

Diterbitkan : 09 Mar 2025 07:03AM Dikemas Kini : 09 Mar 2025 07:08AM
SINGAPURA: Seramai 18 orang didapati menunggang motosikal tanpa lesen sah, dalam satu operasi penguatkuasaan berbilang agensi yang dijalankan oleh Polis Trafik (TP) berdekatan Pusat Pemeriksaan Woodlands.

Daripada jumlah itu, lapan didapati bersalah menggunakan kenderaan bermotor tanpa perlindungan insurans.

Operasi itu dijalankan dengan kerjasama Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA) dan Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) pada 25 Februari.

Semasa operasi, NEA mengeluarkan 24 saman bagi kesalahan-kesalahan berkait asap dan bunyi bising kenderaan yang melebihi had di bawah Peraturan Perlindungan dan Pengurusan Persekitaran (Pengeluaran Kenderaan).

LTA pula mengeluarkan 35 saman bagi kesalahan berkait plat lesen yang tidak dipaparkan dengan betul.
Polis Trafik menasihatkan penunggang motosikal supaya mematuhi undang-undang dan mengamalkan tabiat menunggang secara selamat. (Gambar: Pasukan Polis Singapura)
Semua pengguna jalan raya, termasuk mereka yang memandu dan menunggang kenderaan yang bukan didaftarkan di Singapura, mesti mematuhi undang-undang trafik dan peraturan kenderaan negara ini.

Jika tidak, mereka boleh dikenakan denda dan kenderaan asing mungkin tidak dibenarkan masuk ke Singapura.
Pengguna jalan raya digesa untuk berhati-hati di jalan raya. (Gambar: Pasukan Polis Singapura)
TP menasihatkan semua penunggang motosikal supaya mematuhi undang-undang dan mengamalkan tabiat menunggang secara selamat memandangkan mereka dan pembonceng mereka lebih mudah terdedah kepada bahaya di jalan raya.

TP juga menggesa semua pengguna jalan raya agar memainkan peranan masing-masing dengan berhati-hati di jalan raya.
Sumber : BERITA Mediacorp/NK/az
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita