18 pencipta muda cipta prototaip tangani isu kemampanan
Antara pencipta muda itu berharap ciptaan mereka akan memberikan lebih banyak masa bagi golongan penduduk di kawasan perkampungan untuk meneruskan pelajaran dan mencapai matlamat-matlamat lain.
SINGAPURA: Dari sebuah robot yang boleh memungut sampah kepada mesin basuh pinggan mangkuk yang menggunakan kuasa matahari.
18 pencipta muda menghasilkan idea untuk menangani pelbagai isu kemampanan. Hasil ciptaan mereka kini dipamerkan di Temasek Shophouse sehingga 28 Januari ini.
Antara pencipta muda itu berharap ciptaan mereka akan memberikan lebih banyak masa bagi golongan penduduk di kawasan perkampungan untuk meneruskan pelajaran dan mencapai matlamat-matlamat lain.
Ada juga yang mahu mengurangkan sisa dengan memudahkan orang ramai dalam amalan mengitar semula.
Idea-idea lain yang ditampilkan termasuk sebuah alat untuk menyejukkan lautan.
Bengkel selama tiga minggu yang dianjurkan IDE Academy dan juga Temasek Shophouse itu bertujuan memupuk minat dalam sains serta menggalak golongan muda untuk menyumbang semula kepada masyarakat.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.