Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

18 pemimpin agama dari S'pura, ASEAN sebar mesej pupuk kesedaran tentang kelestarian makanan serantau

Seramai 18 pemimpin silang agama dari Singapura dan ASEAN yang berpangkalan di sini selesai membangunkan sebuah kebun tanam-tanaman tahan cuaca dan mudah ditanam.

Anggaran Waktu Membaca:
18 pemimpin agama dari S'pura, ASEAN sebar mesej pupuk kesedaran tentang kelestarian makanan serantau

(Gambar: Humanity Matters)

SINGAPURA: Seramai 18 pemimpin silang agama dari Singapura dan ASEAN yang berpangkalan di sini selesai membangunkan sebuah kebun tanam-tanaman tahan cuaca dan mudah ditanam.

Projek 'Faiths@Work' (F@W) Demo Farm itu adalah sebahagian daripada Program Faiths@Work Silang Agama Kemanusiaan Serantau antara Yayasan Temasek dengan Humanity Matters.

Projek tindakan iklim itu bermatlamat untuk memperkenalkan dan mempromosikan tanam-tanaman tahan cuaca untuk bantu memupuk kesedaran serta meningkatkan kelestarian makanan serantau di negara-negara Asia Tenggara, yang mudah terjejas oleh bencana alam akibat perubahan iklim.

Projek tersebut dilancarkan secara rasmi pada Jumaat (10 Sep) oleh Encik Tharman Shanmugaratnam, Menteri Kanan merangkap Menteri Penyelaras bagi Dasar Sosial di Sekolah Canossian yang terletak di Sallim Road. Beliau diiringi oleh Penasihat Pertubuhan Akar Umbi GRC Jurong, Encik Shawn Huang.

(Gambar-gambar: Humanity Matters)

Semasa melakukan lawatan ke kebun tersebut, Encik Tharman turut menanam pokok belinjau yang kerap ditemui di Asia Tenggara.

Sebuah buku bertajuk 'Faiths@Work e-Farmbook' turut dilancarkan yang merangkumi beberapa tanam-tanaman yang tahan cuaca serta manfaat dan resipi masakan yang menggunakan tanam-tanaman sedemikian.

Buku tersebut akan diedarkan oleh Humanity Matters kepada agensi-agensi pengurusan bencana serantau dan pembangunan kawasan luar bandar.

(Gambar: Humanity Matters)

"Projek Demo Farm ini selari dengan Rangka Tindakan Masyarakat Sosio-Budaya ASEAN (ASCC) 2015, yang berusaha untuk membina sebuah masyarakat yang komited dan bertanggungjawab secara sosial demi kebajikan penduduk ASEAN," kata pengurus Humanity Matters, Ong Keng Yong.

Program F@W dianjurkan buat kali kedua dari 21 hingga 23 Ogos dan 5 hingga 10 September 2021 di Singapura.

Dengan menumpukan perhatian kepada matlamat yang sama untuk membawa kebaikan kepada umat manusia, tema yang dipilih untuk program F@W bagi 2021 adalah membolehkan tindakan iklim sejagat.

Sumber : BERITA Mediacorp/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan