18% pembeli flat jualan semula bayar COV pada 2023, merosot daripada 29%
Sekitar 18 peratus pembeli flat jualan semula membayar wang tunai atas taksiran (COV) tahun lalu, berbanding 29 peratus pada 2022.

Gambar fail kondominium dan flat HDB di Singapura. (Gambar: CNA/Syamil Sapari)
COV ialah perbezaan antara harga jualan flat dan penilaian HDB sebenar, yang hanya boleh dibayar secara tunai oleh pembeli.
Pemerintah menaikkan Geran Perumahan CPF bagi pembeli flat jualan semula kali pertama pada Februari tahun lalu, menjadikan harga rumah lebih dimampui.
Menteri Negara Kanan Pembangunan Negara Tan Kiat How ditanya selanjutnya bagaimana Pemerintah akan menambat jumlah geran dengan jumlah wang tunai atas taksiran (COV).
Menurutnya, transaksi tersebut dilakukan antara pembeli dengan penjual dan Pemerintah tidak mahu masuk campur dalam keputusan tersebut.
"Sekatan COV agak mencabar untuk dikuatkuasa kerana pembeli dan penjual boleh berpakat untuk mengatasi sekatan itu.
"Pemerintah akan terus memantau kemampuan flat-flat dalam pasaran flat jualan semula," kata Encik Tan.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.