18 lelaki diberkas disyaki terlibat dalam urus niaga haram minyak gas marin
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Lapan belas lelaki ditangkap kerana disyaki terlibat dalam urus niaga haram melibatkan minyak gas marin, menurut polis pada Rabu (11 Feb).
Pegawai-pegawai dari Polis Pengawal Pantai menangkap suspek-suspek - berusia antara 21 dan 45 tahun - dari dua kapal tunda berdaftar asing dan satu kapal tunda berdaftar Singapura di laut berhampiran Pandan, Singapura sekitar pukul 12.45 pagi pada Rabu.
Siasatan awal mendedahkan bahawa ahli-ahli kru tersebut didakwa menyalahgunakan minyak bernilai kira-kira S$13,670 "tanpa pengetahuan syarikat mereka", menurut polis menerusi satu kenyataan.
"Minyak gas marin itu didakwa bertujuan untuk dijual secara haram bagi keuntungan kewangan peribadi mereka."
Polis menambah bahawa pihaknya memandang serius terhadap urus niaga haram minyak gas marin di perairan Singapura, dan pihak berkuasa akan "terus menjalankan pemeriksaan penguatkuasaan dan keselamatan untuk mencegah, menghalang dan mengesan aktiviti haram sedemikian".
Lelaki-lelaki tersebut akan didakwa di mahkamah pada 12 Februari atas kesalahan pecah amanah jenayah.
Jika sabit kesalahan, hukuman yang dikenakan adalah penjara sehingga 15 tahun dan denda.

Sumber : CNA/AT/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.