Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

18% kes COVID-19 dalam masyarakat SG kebelakangan ini dijangkiti subvarian Omicron EG.5

Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Sekitar 18 peratus kes COVID-19 dalam kalangan masyarakat baru-baru ini dijangkiti subvarian Omicron EG.5.

Demikian menurut Kementerian Kesihatan (MOH) pada Selasa (8 Ogos).

Kes pertama jangkitan tempatan subvarian tersebut dikesan pada 5 Mei.

Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), bukti yang sedia ada tidak menyatakan bahawa subvarian tersebut menyumbang kepada sebarang kenaikan ketara dalam jumlah kes, sejauh mana teruk penyakit itu atau kematian, berbanding varian lain yang menular, menurut kementerian tersebut.

Jumlah pesakit COVID-19 yang dimasukkan ke hospital atau ditempatkan di bawa jagaan rapi kekal stabil, menurut MOH, sambil menambah bahawa ia akan terus memantau situasi tempatan dengan lebih rapi.

Menurut data terkini laman MOH, Singapura menyaksikan kemerosotan dalam jumlah kes mingguan COVID-19, dengan sekitar 5,000 kes pada minggu dari 23 sehingga 29 Julai.

Jumlah kes tersebut mencapai kemuncaknya pada awal tahun ini, dengan lebih 28,000 kes dicatat di negara ini dalam minggu dari 26 Mac hingga 1 April.

Bilangan baharu pesakit COVID-19 yang dimasukkan ke hospital menyusut kepada 102 kes dalam minggu sebelum 29 Julai, turun dari 568 yang dicatat pada minggu dari 23 hingga 29 April.

Pada bulan Jun lalu, 27 pesakit COVID-19 dilaporkan meninggal dunia, dengan 20 daripada mereka berusia 60 tahun dan ke atas, sementara lagi tujuh berada dalam lingkungan usia 12 dengan 59 tahun.

Subvarian Omicron EG.5, yang termasuk subkumpulan EG.5.1, merupakan keturunan subvarian XBB.1.9.2.
Sumber : CNA/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan