$1.8 juta lesap dalam penipuan pancingan data pembeli palsu sejak awal 2024
Sekurang-kurangnya S$1.8 juta lesap dalam skim penipuan pancingan data pembeli sejak Januari lalu, dengan sekurang-kurangnya 419 mangsa terpedaya oleh skim penipuan berkenaan, menurut polis hari ini (21 Feb).

(Gambar: iStock)
Skim penipuan sedemikian membabitkan penjenayah yang berpura-pura sebagai "pembeli" di wadah online, sebelum mereka akhirnya memperdaya mangsa supaya menyerahkan butiran perbankan internet atau kad kredit.
Baru-baru ini, terdapat kenaikan dalam jumlah kes skim penipuan pancingan data pembeli palsu di Facebook dan Carousell, kata polis dalam satu kenyataan media.
Ia menambah bahawa 38 orang sedang disiasat kerana disyaki terbabit dalam kes sedemikian.
29 lelaki dan sembilan wanita berusia antara 17 dengan 68 tahun, ditahan dalam operasi penguatkuasaan antipenipuan yang diadakan selama seminggu baru-baru ini.
Siasatan awal mendapati bahawa para mangsa membantu dalam skim penipuan itu dengan membuka akaun bank yang baharu. Mereka sama ada menyerahkan akaun itu kepada para penipu, menjualnya pada harga sebanyak S$1,500 bagi setiap akaun atau menyerahkan butiran Singpass bagi bayaran sebanyak S$1,000 bagi setiap butiran yang diserahkan.
Namun, mereka gagal mendapat bayaran yang dijanjikan oleh penipu.
"Ada yang menyerahkan butiran perbankan atau butiran Singpass dalam permohonan bagi skim pelaburan palsu, skim penipuan atau skim pinjaman wang, kononnya dapat menerima bayaran daripada pelaburan, gaji atau pinjaman wang," menurut polis yang menyatakan bahawa salah seorang individu malah membantu untuk menerima dan memindahkan wang bagi pihak penipu tersebut.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.