Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

18 individu terima Anugerah Penyelamat SCDF kerana tampil bantu mangsa kebakaran di River Valley

Anggaran Waktu Membaca:
18 individu terima Anugerah Penyelamat SCDF kerana tampil bantu mangsa kebakaran di River Valley

18 individu terima Anugerah Penyelamat SCDF kerana tampil bantu mangsa kebakaran di 278 River Valley Road pada 8 April, 2025. (Gambar: CNA/Davina Tham)

Diterbitkan : 15 Apr 2025 07:12PM Dikemas Kini : 15 Apr 2025 07:16PM
SINGAPURA: Dr Laura Biffin sedang membuat persiapan sempena pembukaan kliniknya yang baharu apabila beliau terdengar kekecohan di luar pejabatnya.

Beliau serta merta bergegas keluar lalu melihat orang ramai menjerit dan beberapa kanak-kanak sedang duduk di belebas tingkat ketiga dengan "asap tebal berwarna hitam berkepulan keluar" dari tingkap di belakang mereka di sebuah rumah kedai di River Valley Road.

"Saya lihat perkara paling buruk yang pernah saya lihat seumur hidup saya.Kebanyakan orang berdiri di hadapan dan mengeluarkan telefon bimbit mereka untuk merakam kejadian itu, tetapi naluri saya sebagai seorang doktor mendorong saya untuk tampil ke hadapan lalu mencari kanak-kanak lain yang perlukan bantuan," kata Dr Laura kepada Mediacorp pada Selasa (15 Apr).

Dr Biffin adalah antara 18 orang awam yang diiktiraf oleh Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) atas tindakan mereka yang bantu menyelamatkan nyawa mangsa kebakaran di 278 River Valley Road pada 8 April, yang mengorbankan seorang kanak-kanak.

Seramai 22 orang, termasuk 16 kanak-kanak dibawa ke hospital menyusuli kebakaran itu.

Seorang kanak-kanak warga Australia berusia 10 tahun meninggal dunia selepas dibawa ke salah sebuah hospital berkenaan.

Kesemua 18 individu itu diberikan Anugerah Penyelamat Masyarakat SCDF, yang diberikan kepada orang awam di mana tindakan mereka bantu menyelamatkan nyawa dan melibatkan elemen menimbulkan risiko kepada keselamatan diri.

Rumah kedai di 278 River Valley Road itu menempatkan sebuah pusat pengayaan kanak-kanak yang dikendalikan oleh Newtonshow Camp.

Pada 9 April lalu, Tomato Cooking School, iaitu salah satu jenama di bawah Newtonshow menyatakan bahawa ia sedang bekerjasama dalam siasatan berhubung insiden kebakaran itu.

"Bagi kesemua insiden kebakaran, terutama ini, masa itu adalah penting. Jadi kita benar-benar mengucapkan terima kasih kepada orang awam yang tampil menghulurkan bantuan pada hari itu, bahkan sebelum ketibaan SCDF," kata Kolonel Tay Zhi Wei, komander Divisyen 1 SCDF.

"Anda mungkin telah melihat dalam rakaman video yang tular, keberanian, tindakan pantas dan tindakan bersama mereka benar-benar bantu menyelamatkan banyak nyawa pada hari itu," katanya.

Encik Chinnappa Kannadasan
Encik Hasan Emamul
Encik Shakil Mohammad
Encik Das Taposh
Encik Hasan Rajib
Encik Ravi Kumar
Encik Varuvel Christopher
Encik Govindaraj Elangeshwaran
Encik Muthukumar Mugesh
Encik Inderjit Singh
Encik Sivasami Vijayaraj
Encik Nagarajan Anbarasan
Encik Subramanian Saranraj
Encik Islam Shafiqul
Encik Subramanian Rameshkumar
Encik Benson Lo
Encik Shaik Amirudin Bin Kamaludin
Dr Laura Biffin
 
Sumber : CNA/HA/at
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan