Skip to main content

Singapura

18 bangunan terima sijil Tanda Hijau bagi Tenaga Amat Rendah

Sehingga hujung tahun lalu, 18 bangunan telah menerima sijil Tanda Hijau bagi Tenaga Amat Rendah. 

Anggaran Waktu Membaca:
18 bangunan terima sijil Tanda Hijau bagi Tenaga Amat Rendah

Gambar fail kawasan pusat bandar Singapura, CBD. (Gambar: AFP/Roslan Rahman)

Diterbitkan : 26 Feb 2020 09:41PM Dikemas Kini : 26 Feb 2020 09:54PM

SINGAPURA: Sehingga hujung tahun lalu, 18 bangunan telah menerima sijil Tanda Hijau bagi Tenaga Amat Rendah.

Sijil itu mengiktiraf bangunan-bangunan komersil dan perindustrian serta sekolah-sekolah atas kecekapan tenaga selain rating Tanda Hijau masing-masing.

Tahun lalu, tokokan dana S$20 juta dibuat menerusi program Kelompok Inovasi Bangunan Mesra Alam bagi memacu penggunaan bangunan-bangunan Tenaga Amat Rendah.

Menteri Negara Pembangunan Negara Zaqy Mohamad berkata menerusi program itu, para pemilik bangunan dan pemaju boleh bekerjasama dengan rakan-rakan penyelidikan untuk menghasilkan teknologi mesra alam yang inovatif bagi penggunaan bangunan.

Secara berasingan, Penguasa Bangunan dan Binaan (BCA) akan meninjau bagaimana lebih banyak bangunan boleh menyediakan bilik menyusu di premisnya.

Mulai tahun ini, bangunan-bangunan seperti hospital, poliklinik dan ruang bukan kediaman yang lain - dengan kawasan lantai keseluruhan 10,000 meter persegi - dikehendaki menyediakan sekurang-kurangnya satu bilik menyusu. 

Sumber : CNA/AI/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita