178 kes penipuan kad kredit dilaporkan oleh perniagaan runcit sejak Okt
Anggaran Waktu Membaca:

Gambar fail kad kredit. (Gambar: AFP/Damien Meyer)
SINGAPURA: Sekurang-kurangnya 178 kes penipuan kad kredit dilaporkan kepada polis oleh syarikat-syarikat runcit sejak 1 Oktober.
Sembilan orang suspek sudah diberkas polis sejauh ini dan lagi 11 orang sedang diburu.
Mereka dipercayai sudah meninggalkan negara ini.
Kebanyakan mereka adalah warga China, Malaysia dan Rusia.
Sasaran penipuan tersebut lazimnya ialah kedai-kedai menjual barangan elektronik.
Suspek dikatakan direkrut oleh sindiket-sindiket penipuan di negara masing-masing menerusi media sosial.
Mereka kemudian memasuki Singapura buat jangka pendek dengan membeli barangan mahal seperti telefon bimbit dan barangan elektronik lainnya.
Sindiket itu menggunakan maklumat dari kad kredit curian untuk membuat bayaran.

Sumber : CNA/DY/im
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.