176 orang ditangkap miliki vape di acara ZoukOut
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar: Heath Sciences Authority)
SINGAPURA: Seramai 176 orang ditangkap di pesta muzik dan tarian ZoukOut kerana memiliki vape.
Penguasa Sains Kesihatan (HSA) menyatakan operasi itu dilakukan pada hari Sabtu (2 Dis) dan Ahad (3 Dis) lalu di pantai Siloso, di Sentosa.
Mereka yang ditangkap berusia antara 18 hingga 51 tahun.
Para pesalah itu akan didenda dan semua vape mereka telah disita.
Menerusi satu kenyataan yang dikeluarkan, pihak berkuasa menyatakan bahawa acara itu, yang diadakan pada 2 dan 3 Disember, adalah sebahagian daripada usahanya untuk "menguatkuasakan larangan vape di Singapura".
“HSA juga tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan penguatkuasaan tegas terhadap mereka yang menjalankan aktiviti haram seperti menjaja alat pengewap elektronik terlarang kepada orang ramai,” menurut HSA.
Hukuman memiliki, menggunakan atau membeli alat pengewap elektronik ialah denda sehingga S$2,000.
Pihak berkuasa menambah bahawa lebih banyak maklumat tentang produk tembakau terlarang di Singapura boleh didapati di laman webnya, dan butiran tentang bahaya vape boleh didapati di laman HealthHub.
Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai pengimportan, pengedaran, penjualan atau tawaran untuk penjualan vape secara haram boleh menghubungi Cawangan Peraturan Tembakau HSA di talian 66842036 atau 66842037 dari 9.00 pagi hingga 5.30 petang pada hari biasa.

Sumber : CNA/MU/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.