Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

175 syarikat didenda gagal kemas kini alamat kakitangan

Anggaran Waktu Membaca:
175 syarikat didenda gagal kemas kini alamat kakitangan

Gambar fail bangunan MOM. (Gambar: Calvin Oh)

SINGAPURA: Dalam tempoh dua tahun lalu, denda yang dikenakan ke atas 175 syarikat   mencecah lebih S$1 juta kerana gagal memberi alamat terkini pemegang pas kerja kepada Kementerian Tenaga Manusia (MOM). 

Alamat 960 pemegang pas kerja tidak dikemas kini, lantas syarikat-syarikat berkenaan didenda antara S$500 dengan S$2,000 bagi setiap pemegang pas kerja, menurut MOM pada Rabu (26 Jan). 

Secara keseluruhannya, denda itu bernilai lebih S$1.1 juta. Meskipun diberi peringatan berkali-kali melalui panggilan telefon dan emel, syarikat-syarikat itu tidak mematuhi keperluan tersebut, menurut MOM. 

Di bawah Akta Pengambilan Kerja Tenaga Kerja Asing (EFMA), majikan harus memaklumkan MOM tentang alamat kediamaan  pemegang pas kerja mereka. Mereka juga harus memberikan  alamat terkini pekerja mereka dalam masa lima hari selepas berpindah. 

"Maklumat ini penting untuk memudahkan  komunikasi dengan pemegang pas kerja, dan juga bagi tujuan kesihatan awam atau pengesanan kontak kecemasan," menurut MOM. 

Di bawah EFMA, sesiapa yang gagal berbuat demikian boleh didenda sehingga S$10,000 atau dipenjara sehingga 12 bulan atau kedua-duanya sekali, bagi setiap tuduhan. 

Sumber : CNA/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan