Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

172 penunggang basikal, basikal elektrik dan PMD ditangkap guna ekspreswe pada 2022

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 26 May 2023 07:02PM Dikemas Kini : 26 May 2023 09:04PM
SINGAPURA: Seramai 172 penunggang basikal, basikal elektrik dan Alat Bantuan Mobiliti Peribadi (PMD) ditahan kerana menggunakan ekspreswe pada tahun lalu.

Walaupun jumlahnya merosot hampir separuh berbanding 2021, jumlah pesalah adalah 17 kali ganda lebih tinggi berbanding tempoh sebelum pandemik.

Penunggang basikal tidak dibenarkan menggunakan ekspreswe dan terowong jalan raya.

Menurut Penguasa Pengangkutan Darat (LTA), papan-papan tanda diletakkan di laluan masuk ekspreswe bagi mengingatkan mereka mengenai peraturan tersebut.

Mereka yang bersalah boleh didenda S$150.

Pesalah juga boleh didakwa di mahkamah jika kes tersebut mengancam nyawa.

Jika sabit kesalahan, mereka boleh didenda sehingga S$1,000 atau dipenjara tiga bulan atau kedua-duanya sekali.

Sebuah kelab berbasikal tempatan menyatakan kumpulan-kumpulan besar biasanya merancang laluan perjalanan mereka dengan terlebih dahulu.

Ini membantu mereka mengelakkan daripada menggunakan ekspreswe.

Namun mereka yang berbasikal bersendirian, mungkin tidak melakukan perkara yang sama.

"Yang menjadi kebimbangan mungkin penunggang basikal sendirian. Mereka mungkin secara tidak sedar bahawa mereka melalui jalan susur," kata Encik Francis Liu, pengasas bersama Love Cycling SG.

"Dan mereka mungkin menyangka bahawa jalan susur itu akan menghala ke jalan lain, tetapi secara tidak sengaja, menunggang ke arah ekspreswe dan terperangkap dalam keadaan tersebut," tambahnya.

LTA menasihatkan penunggang basikal supaya mematuhi peraturan sedia ada dan pada masa yang sama, keselamatan pengguna jalan raya yang lain.

Sentimen itu turut diulangi sebuah kumpulan tempatan yang melobi bagi keselamatan di jalan raya.

"Jika anda tersalah belok, berhenti dengan serta-merta dan kemudian tolak basikal anda keluar dari ekspreswe," kata Encik Steven Lim, Presiden Pasukan Bertugas Berbasikal Dengan Selamat.

"Tetapi jangan terus menggunakan ekspreswe itu untuk mencari jalan keluar kerana anda tidak akan tahu di mana laluan keluar seterusnya dan ia sangat berbahaya untuk menunggang di ekspreswe," tambahnya.
 
Sumber : CNA/AI/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan